Hicks dan Gillet kalah





Mahkamah Tinggi telah memberikan perintah kepada pengurusan Liverpool untuk membuka jalan dalam proses penjualan Liverpool.Dalam perbicaraan kes pada hari ini pemilik kelab Tom Hicks dan George Gillet meminta hakim untuk menangguhkan sidang mahkamah dan membolehkan dua orang warga amerika tersebut membayar hutang kepada Royal Bank of Scotland (RBS) dan sekaligus menghalang proses penjualan tersebut .Tetapi permohonan itu ditolak oleh Hakim Floyd di Mahkamah Tinggi di London.

Dalam hal ini hakim yang dikenakan perintah pada dua orang pemilik tersebut agar mereka perlu mengembalikan perlembagaan asli syarikatserta membolehkan penerusan hasrat lembaga pengarah yang diketuai oleh Mr Broughton, Kristian Purslow dan Ian Ayre mempunyai kata putus majoriti dalam proses penjualan kelab berjumlah £ 300juta kepada New England Sukan Ventures (NESV), dimana NESV akan menutup pinjaman kepada RBS sebanyak £ 237 juta dimana hutang yang dipinjam oleh Hicks dan Gillet ketika mereka membeli kelab pada bulan Mac 2007.

comment 0 comments:

Post a Comment

 
© LIVERPOOL selaMAnYa | Design by Blog template in collaboration with Concert Tickets, and Menopause symptoms
Powered by Blogger