Berkenaan perbicaraan kes hari ini



Pertempuran bekenaan soal pemilikan masa depan Liverpool akan diputuskan pada hari Rabu oleh hakim Mahkamah Tinggi.Menurut sumber dari mahkamah Tinggi yang terpaksa menundakan menunda sidang perbicaraan mengenai kes ini, setelah seharian pertengkaran dan perdebatan yang berlaku antara dua orang pemilik Amerika, pengarah kelab dan wakil dari Royal Bank of Scotland.

Paul Girolami yang merupakan wakil kepada pemilik Tom Hicks dan George Gillet berkata anak kliennya tidak pernah menyatakan pendapat mereka untuk bersetuju dengan perjanjian penjualan Liverpool.

Menurut Richard Snowden yang mewakili RBS, mengatakan pemilik Amerika ini sekarang dikira “sudah melanggar kontrak" iaitu mereka berusaha untuk menukar perlembagaan syarikat mengendalikan kelab bola sepak dan lembaga pengurusan syarikat tanpa kelulusan daripada bank. Salah satu cara yang boleh menggagalkan proses jualan ini adalah jika dua orang pemilik ini perlu membayar sebanyak £200 juta kepada pihak bank(RBS) sebelum hari jumaat ini bersamaan 15 oktober 2010.


Tambah Snowden (wakil RBS), jikaperkara ini tidak berlaku dalam proses yang ditetap, mungkin akan mengakibatkan Liverpool akan dikenakan ditolak sebanyak 9 mata dalam kempen Liga perdana, hal ini adalah sebagai denda kerana kelewatam dalam proses penjualan tersebut. Dengan hal ini Hakim mahkamah tinggi diminta untuk mengeluarkan perintah pada pemilik (Tom Hicks dan George Gillet )agar mereka dapat mengembalikan perlembagaan asli syarikat dan pengarah pengurusan syarikat

Dengan cadangan proses pengambilalihan sebanyak £ 300 juta oleh New England Sukan Ventures (NESV), yang bersedia untuk membayar £ 237juta hutang Hicks dan Mr Gillet kepada (RSB) ketika mereka membeli kelab pada bulan Mac 2007.

Bank mengatakan bahawa ketika pemilik Amerika (Mr Hicks ) melaksanakan pembaharuan untuk dalam pengambilalihan berlaku pada Mac 2007, mereka sepakat bahawa Mr Broughton, Kristian Purslow dan Ian Ayre mempunyai kata putus majoriti dalam proses penjualan kelab pada masa hadapan. Hal ini sekaligus membuktikan bahawa dua orang pemilik Amerika (Mr Hicks ) tidak boleh menghalang proses penjualan hak milik Kelab kepada NESV pada masa sekarang. Perkara ini sekaligus memberi suara majoriti kepada tiga-ketiga lembaga pegarah tertinggi ini untuk menghalang pemilik dari Amerika ini , supaya tidak berusaha menghalang keputusan ahli lembaga pengarah Liverpool untuk menjual Kelab kepada NESV.

Disamping itu juga peguam yang mewakili Liverpool adalah Lord Grabiner juga mengatakan bahawa kliennya telah telah menyokong cadangan yang dikatakan oleh RBS dan ingin melihat masalah diselesaikan pada akhir minggu ini. Tetapi hal ini menjadi bertambah rumit apabila terdapat bantahan dari pemilik Amerika ini, yang ingin menjual Kelab pada harga yang tinggi untuk mendapat untung yang banyak hasil daripada penjualan Kelab dan ini yang menyebabkan Proses ini menjadi tergendala.

Pada (pendapat saya (penulis) hal ini sebenarnya telah lama dapat diselesaikan jika tidak bantahan dari pemilik lama Liverpool iaitu Tom Hicks dan George Gillet. Dan disini saya juga berharap agar semua perkara ini dapat diselesaikan dengan baik dan saksama serta yang paling penting tidak akan menjejaskan prestasi pasukan yang kita cintai ini. Dalam hal ini Saya juga bersependapat dengan “Pepe Reina yang menghapkan agar semua kisah berkenaan pengambilalihan ini cepat diselesaikan”, seperti yang disebut dalam berita Goal.com . Akhir kata You'll Never Walk Alone



comment 2 comments:

sale_ehs gerrard on October 13, 2010 at 4:25 AM said...

harap2 keputusan esok milik kita... pegi jahanam kau yanks... ptuiiii

Darion Daron said...

ye betul dan amat tetap dc2

Post a Comment

 
© LIVERPOOL selaMAnYa | Design by Blog template in collaboration with Concert Tickets, and Menopause symptoms
Powered by Blogger