Fabio Aurelio kembali cergas


Fabio Aurelio membuat penampilan dan telah menunjukkan peningkatan dalam tahap kecederasannya dalam perlawanan persahabatan secara tertutup menentang Crewe Alexandra di Melwood.

Pada perlawanan ini Liverpool telah menang dengan jaringan 4-1. Menurut sumber, mengatakan Aurelio yang bermain selama 30minit kelihatan sudah kembali boleh bermain dan sedang dalam peningkatan prestasi kecederasannya, pemain yang mengantikannya adalah Jack Robinson. Tetapi pihak pengurusan pasukan Liverpool tidak mahu mengambil risiko untuk memberi Aurelio bermain terlalu lama, kerana kecederaannya masih belum pulih dengan sepenuhnya.

Pada pendapat saya (penulis) diharap Aurelio dapat kembali cergas dan diharapkan dia dapat berbakti dalam perlawanan menentang Everton pada ahad ini.

Antara pemain pasukan pertama Liverpool yang turut beraksi dalam perlawanan tersebut adalah Ryan Babel, Maxi Rodriguez, Brad Jones dan Sotirios Kyrgiakos.

Berikut adalah kesebelasan pertama Liverpoolpada perlawanan tersebut:

Liverpool : Brad Jones, John Flanagan, Fabio Aurelio (Jack Robinson 30), Steven Irwin
(Suso 55), Stephen Darby, Sotirios Kyrgiakos (Conor Coady 60), Maxi (David Amoo 70),
Jay Spearing, Ryan Babel (Nathan Eccleston 66), Gerardo Bruna, Tom Ince.

comment 0 comments:

Post a Comment

 
© LIVERPOOL selaMAnYa | Design by Blog template in collaboration with Concert Tickets, and Menopause symptoms
Powered by Blogger