10 pemain Liverpool beraksi untuk pasukan Kebangsaan


Joe cole bakal beraksi untuk England setelah lama tidak beraksi dalam pasukan kebangsaan

Sepuluh bintang The Reds akan beraksi pada perlawanan mewakili negara masing-masing dalam untuk Kejohanan kelayakan piala Eropah 2012 pada malam ini antara mereka adalah.

Steven Gerrard, Joe Cole dan Glen Johnson akan beraksi di Wembley yang mewakili England menentang Montenegro dalam saingan Group G.

Pepe Reina akan kembali di bangku pemain simpanan pasukan Sepanyol untuk menentang Scotland di Hampden Park, sementara Martin Skrtel mewakili Slovakia untuk menentang Republik Ireland dalam Group B.

Christian Poulsen turun sebagai kapten pasukan Denmark kerana mereka tuan rumah Cyprus, dan Raul Meireles akan beraksi untuk Portugal menentang Iceland dalam saingan Group H

Dirk Kuyt yang mewakili Holland akan bertemu dengan Sweden sementara Milan Jovanovic akan beraksi Serbia di Itali untuk kempen kelayakan Group C.

sementara pemain muda Liverpool Martin Kelly berharap dapat beraksi untuk England bawah U21kerana mereka menghadapi perlawanan yang sukar menentang Romania di perlawanan kedua mereka kelayakan Kejohanan Eropah U21.


Sementara itu Roy Hodgson berharap agar semua pemain yang beraksi pada malam ini akan dapat bermain dengan baik serta dapat mengelakkan diri daripada mendapat kecederaan kerana Liverpool akan menentang Everton pada hari ahad ini.


comment 0 comments:

Post a Comment

 
© LIVERPOOL selaMAnYa | Design by Blog template in collaboration with Concert Tickets, and Menopause symptoms
Powered by Blogger