WARTA BLOG: Mengapa Roy Hodgson Belum dapat Membuat Keajaiban untuk Liverpool



Sebelum anda memulakan pembacaan terhadap artikel ini, ingin saya bagi tahu ini cuma pendapat yang ingin saya sampaikan kepada semua pembaca semua. Jika ada yang terasa atau marah dengan segala pendapat ini ingin saya minta maaf dahulu. YNWA.....

Sehingga kini Liverpool masih lagi belum dapat kembali ke prestasi sebenar seperti sediakala ,dibawah kendalian pengurus baru Roy Hodgson yang kini sudah hampir tiga bulan di kem Liverpool. Nampaknya Liverpool masih lagi terumbang ambing dalam mencari kemenangan seperti diharapkan oleh semua penyokong Liverpool tidak kira dimana jua. Para peminat Liverpool haruslah ingat bahawa, Roy Hodgson telah menekankan pada saat mula menerajui pasukan ini, bahawa dia telah menyatakan dia tidak menyasarkan apa kejuaraan kepada Liverpool kerana masih banyak lagi yang perlu diubah untuk menjadikan pasukan ini menjadi lebih baik, tetapi dia berjanji untuk membawa Liverpool kembali ke kancah liga juara-juara musim depan sekaligus mendapat tempat sekurangnya pada posisi empat dalam kempen BPL. Dalam keadaan seperti ini adalah tidak adil untuk menilainya pada tempoh yang begitu singkat dan dengan perbelanjaan yang amat sedikit untuk membentuk pasukan yang benar-benar mantap.


Joe cole bakal nama besar untuk Liverpool

Kedatangan Joe Cole telah cukup berpengaruh apabila dia bermain untuk Liverpool sampai sekarang.

Memang benar cole masih belum mendapat prestasi terbaiknya semasa tempoh bermain untuk Liverpool mamun jangan dilupakan bahawa Joe Cole adalah salah satu pemain yang pernah mencipta nama dalam Chelsea menjadi pemain terbaik bagi kelab itu dan dikejohanan Eropah. Namun kad merah yang dilayangkan kepada nya pada perlawan menentang Arsenal pada perlawanan pembukaan telah menyebabkan dia digantung perlawanan sebanyak tiga kali dalam kempen BPL. Hal ini sekaligus menyukarkan Roy untuk mencari penggantinya semasa cole digantung perlawanan. Kita tengok pada perlawanan kempen piala Eropah semasa Liverpool menentang Steau Bucharesti ,Joe cole kelihatan sangat baik disamping memainkan peranan di belakang striker dan bahkan menjaringkan gol.

Jadual perlawanan Pasukan berprofil tinggi dalam liga.

Dalam lima perlawanan pertama dalam kempen BPL(Barclays Premier League).Liverpool terpaksa menghadapi perlawanan menentang pasukan Gergasi dalam liga iaitu Arsenal, Manchester City dan Manchester United. Tidak dilupakan juga kepada Birmingham City yang amat kental semasa pasukan ini bermain dihalaman sendiri di St Andrews. Menurut statistik menyatakan Birmingham tidak pernah kalah dalam 16 perlawanan semasa bermain ditempat sendiri walupun bermain dengan pasukan berprofil tinggi dalam liga. Memang benar kalau orang lain cakap Liverpool patut menang tetapi pelbagai masalh telah berlaku di Anfield contohnya Mascherano yang mogok sebelum perlawanan menentang Manchester City.

Barisan pemain, Line Up eksperimen serta Formasi dan Strategi

Pemain Liverpool FC telah dibentuk dengan baik dan secara konsisten pada pelawnan yang dimainkan setakat ini Steven Gerrard bagus semasa menentang Manchester United, Pepe Reina beraksi cermelang menentang Birmingham City,

Masalah utamanya sekaran adalah kurangnya permainan secara menyerang dan aspek yang lebih ditumpukan adalah aspek bertahan, hal ini sekaligus akan menyebabkan kurangnya potensi untuk mendapatkan jaringan dalam sesuatu perlawanan, dan inilah yang kini perlu diperbaiki oleh Roy Hodgson. Dengan kedatangan Meirles akan membantu Gerrard untuk lebih mengamalkan gaya serangan dan sekali gus memberikan banyak peluang untuk penyerang seperti Torres dan Ngog untuk menjaringkan gol.

Meirales akan memberi impak besar kepada The reds

Masih awal lagi

Tidak salah jika saya mengatakan, masih awal hari Roy Hodgson di Anfield jika dilihat pada sejarahnya di Fulham dia juga mengambil masa yang lama untuk membentuk barisan pemain .Pada masa sekarang Dia harus mengumpulkan semua pengalaman sebelum ini sekaligus kembali membuat Liverpool kembali ke prsetasi sebenar dan serta membuat Liverpool kembali menganas seperti Era kegemilangan seperti dahulu. Namun, hanya masa dan kesabaran serta kerja keras akan menjadi komponen kunci kejayaan bagi Roy Hodgson, kita perlu memberinya masa untuk membuktikan dia sebenarnya memang layak menjadi pengurus kepada pasukan Liverpool. Menurut joe cole” masih awal lagi nak menilai Liverpool, dan nilailah kami pada Mei kerana masih jauh perjalanan liga untuk musim kali ini.

comment 0 comments:

Post a Comment

 
© LIVERPOOL selaMAnYa | Design by Blog template in collaboration with Concert Tickets, and Menopause symptoms
Powered by Blogger