MATCH Review Carling Cup: Liverpool 2 Northampton 2 (tewas penalti 2-4 )


Roy Hodgson tidak percaya Liverpool telah terkeluar dari saingan Carling Cup


Jovanovic telah menghasilkan gol pertama untuk Liverpool

Kita sekali lagi dikejutkan dengan kekalahan dalam kempen Carling Cup di pusingan ketiga kepada pasukan di Liga dua iaitu Northampton Town. Dengan kedudukan pada tamat permainan dimana kedua pasukan seri 2-2 selepas masa tambahan.

Milan Jovanovic seawal minit ke 9 untuk membolehkan Liverpool berada didepan dan ini merupakan gol pertamanya untuk liverpool sejak berpindah dari Standard Liege , tetapi Billy McKay menyamakan kedudukan pada minit ke 56. perlawanan tamat dan memaksa kedua pasukan bermain dimasa tambahan dan Michael Jacobs menjaringkan gol untuk membolehkan Northampton mendahului dengan jaringan 2-1. setalh berhempas pulas mencari gol akhirnya pada minit ke 117 Ngog akhirnya menjaringkan gol untuk melengkapkan koleksi jaringan ke 7 untuk musim ini, serta memaksa perlawanan ditentukan dengan sepakakan penalti.


Pada penentuan sepakan penalti akhir kalah (2-4) dan ini sekaligus akan meresakan kita penyokong liverpool. pada pendapat saya, kita sebagai peminat liverpool akan berasa amat kecewa dengan prestasi pasukan kita pada musim ini. Dan sebenarnya para pemain muda kita masih lagi perlu banyak belajar dari pasukan utama kita dan ini sekaligus menunjukkan kita masih lagi perlu memantapkan barisan muda kita. hal ini adalah untuk memujudkan barisan pelapis yang berwibawa untuk menaikkan kembali nama Liverpool di mata peminat bola sepak diseluruh dunia. Akhirkata jangan la berhenti menyokong pasukan yang kita cintai ini serta jangan patah semangat ingatlah liverpool sentiasa dihati. "You'll Never Walk Alone"

Berikut adalah statistik perlawanan :


Rabu, 22 September 2010

Carling Cup


Barisan pemain:

* 01 Jones
* 05 Agger
* 16 Kyrgiakos
* 22 Wilson
* 34 Kelly
* 21 Lucas
* 26 Spearing
* 12 Pacheco (Ince 105+1)
* 14 Jovanovic (Eccleston 91)
* 19 Babel (Shelvey 100)
* 24 Ngog

Substitutes

* 41 Hansen,
* 47 Wisdom,
* 49 Robinson,
* 33 Shelvey,
* 39 Eccleston,
* 45 Ince,
* 46 Amoo

comment 0 comments:

Post a Comment

 
© LIVERPOOL selaMAnYa | Design by Blog template in collaboration with Concert Tickets, and Menopause symptoms
Powered by Blogger