MATCH Review BPL: Manchester United 3 - Liverpool 2

Separuh masa pertama tampak rentak perlawanan seimbang namun pada lewat separuh masa pertama pada minit ke 41 Babatov menjaringkan goal dan liverpool seolah tersentak dengan goal tersebut. pada minit 55 sekali lagi kita tersentak dengan cubaan Nani yang Off bar. Minit ke 59 saya rasa seluruh fan Liverpool seluruh dunia seakan tidak percaya aksi jaringan lipat Berbatov . Namun seperti biasa kita tidak mudah mengaku kalah, serangan ke kubu Man u diteruskan dan di minit 63 kita dihadiahkan penalti atas kekasaran Jonny Evans keatas Toress. Gerrad tanpa sebarang masalah menjaringkan goal untuk meredakan sedikit kebimbangan kita. Tanpa menunggu lama pada minit 70 sekali lagi gerrard menambah kekegembiraan pada kem liverpool apabila menjaringkan goal melalui sepakan percuma yang cantik. Pada minit 79 Raul Meireles digantikan dengan Jovanovic. Dalam masa 10 minit selapas itu pemainan nampak dikuasai oleh liverpool dan Man u tampak tertekan dengan kebangkitan skuad The reds. Berbatov melengkapkan "hat trik" pada minit ke 84. Sejurus selepas jaringan itu tidak terus mengasak ke kubu Man u, tetapi tidak membuahkan hasil. beginilah serba sedikit mengenai perlawanan malam ini penuh Dramatik dan penuh debaran ini. Dan biarlah apa kata orang kat aku. aku tetap aku.... LIVERPOOL tetap LIVERPOOL (BORN A RED - DIE A RED)


jaringan pertama gerrard menaikkan semangat juang liverpool



jaringan kedua oleh Gerrard(sepakan percuma yang cantik)

Barisan Pemain:

Man Utd: Van der Sar, O'Shea, Vidic, Jonathan Evans, Evra, Nani, Fletcher, Scholes, Giggs, Berbatov, Rooney.

Subs:
Kuszczak, Brown, Owen, Anderson, Smalling, Macheda, Gibson.

Liverpool: Reina, Johnson, Carragher, Skrtel, Konchesky, Meireles, Poulsen, Maxi, Gerrard, Cole, Torres.

Subs:

Jones,Agger, Jovanovic, Kyrgiakos, Babel, Lucas, Ngog.

Referee: Howard Webb


luahan aku Fan liverpool mengenai match ini.

"Sedih memang sedih" atas kekalahan kedua dalam kempen BPL musim ini apabila kita berkunjung ke Old Trafford kali ini. Bagi saya keseluruhan perlawanan agak seimbang diantara kedua pasukan. tetapi jika ditanya mengenai pasukan liverpool yang tercinta ini, saya mengakui sebenarnya Liverpool masih mencari kesefahaman dan keserasian apabila berkerja dalam satu pasukan. ( minta maafla jika member The Reds yang membaca tikel aku ini). Bukan nak kata saya pandai pasal bola cuma menyatakan pendapat sahaja .

Dibawah pimpinan Pak cik Roy, banyak perubahan telah berlaku sepanjang tempoh kedalian di Liverpool dan banyak pemain baru dibawa masuk, mereka yang dibawa masuk sememangnya bagus cuma ingin saya tegaskan disini kita perlu sedikit masa untuk mencari keserasian berkerja sebagai satu pasukan yang Kukuh. Saya pasti jika keserasian ini dapat dicapai sedah pasti Liverpool kita ini akan kembali ke era kegemilangan seperti dahulu.

Dalam kempen BPL musim ini kita dipaksa berkerja keras apabila dalam 5 perlawanan awal. Kita terpaksa menentang pasukan yang agak baik persembahannya dimana pada perlawanan first kita menentang Arsenal, perlawanan kedua kita berkunjung ke man city dan pada perlawanan ke 5 kita menentang Man u. Ini secara tidak langsung memberi sedikit tekanan kepada All Player The Reds ( yang aku cintai ini).

saya pasti dan amat yakin, selepas Liverpool ini akan memberikan perubahan yang drastik serta kita akan bangkit dari pengalaman pahit yang kita alami sebelum ini. Bagilah sedikit masa kepada pemain Liverpool kita untuk mencapai keserasian. Dan pada Fan Liverpool semua jangan la kecewa dan teruskan menyokong Liverpool. akhir kata
"LIVERPOOL ,THE REDS, THE KOP DaHulu kInI dAN selaMAnYa" dari saya.

comment 0 comments:

Post a Comment

 
© LIVERPOOL selaMAnYa | Design by Blog template in collaboration with Concert Tickets, and Menopause symptoms
Powered by Blogger