MATCH preview: ( Liverpool vs Sunderland)



Liverpool kembali ke aksi kumpulan di Anfield pada Sabtu melawan Black Cats dalam saingan permainan yang boleh dikatakan harus menang. Liverpool mempunyai rekod yang amat baik apabila melawan Sunderland di gelanggang sendiri dan saya berharap agar Liverpool akan kembali bangakit setelah pasukan kita tewas mengejut pada saingan Carling Cup. Dalam lima perlawanan terdahulu Liverpool menang semua perlawanan dan kali terakhir perlawanan antara kedua perlawanan antara kedua pasukan ini adalah pada 28/3/2010 dengan keputusan Liverpool menang dengan jaringan 3-0.

Roy Hodgson kemungkinan akan membuat sebanyak 9 hingga 10 perubahan dari pasukan yang bermain di pertengahan minggu apabila menentang Northampton. Keadaan kecederaan pemain seperti Fabio Aurelio dan Dirk Kuyt yang awalnya dijangka memerlukan masa sebulan untuk kembali beraksi tetapi telah pulih dengan cepat dan mungkin dimasukkan ke dalam skuad menentang Black cats selepas latihan selama beberapa hari.

Liverpool perlu bangkit kembali dari paparan mengecewakan pada dua perlawanan terakhir dan mengambil beberapa mata dari beberapa pertandingan berikutnya.Hal ini tentu akan membantu para pemain dalam membina rasa percaya diri mereka dan kita akhirnya boleh menjadikan musim kami berjalan dengan lancar. You’ll Never Walk Alone

Ramalan line up:
Reina, Johnson, Carra, Skrtel, Konchesky, Maxi, Poulsen, Gerrard, Cole, Meireles, Torres

Siaran Langsung, 812 Astro,
25 September 2010
Kick Off: 9.55 malam

Sumber :Empire of the kop

comment 0 comments:

Post a Comment

 
© LIVERPOOL selaMAnYa | Design by Blog template in collaboration with Concert Tickets, and Menopause symptoms
Powered by Blogger