Carta 10 perlawanan dalam sejarah LiverpoolFC

Salam sejahtera, salam 1 malaysia dan salam Liverpool Selamanya . Setelah lama saya ( penulis ) baca mengenai sejarah perlawanan Liverpool dalam tempoh satu dekad ini. Rasanya sebagai penyokong Liverpool sejak dari dahulu dan selamanya. Disini saya ingin menghidangkan kepada anda semua penyokong Liverpool yang sejati Carta 10 perlawanan terbaik dalam sejarah Liverpool dalam tempoh 10 tahun ini. Dan jika ada yang tidak setuju dengan carta ini saya dahulukan dengan ucapan maaf . You'll Never Walk Alone

1.Liverpool 5-4 Alaves (16/05/2001)


Mengapa pertandingan ini kedudukan yang lebih tinggi daripada perlawanan Liverpool yang lain dalam dekad ini kerana perlawanan Cukup sederhana dan sama sekali penuh dengan aksi yang amat menarik dan penuh dramatik.

Perlawanan ini berlangsung pada tahun 2001 final Piala UEFA . Saya percaya dan yakin bahawa perlawanan ini patut dianggap sebagai salah satu permainan yang terbesar sepanjang masa yang pernah dilakukan oleh Liverpool.Seperti yang kita tahu Liverpool merupakan pasukan pilihan, sedangkan Alaves merupakan pasukan bukan pilihan atau lebih senang hendak dipanggil underdog.

Gol permbukaan Liverpool dijaringkan oleh Markus Babbel dan diikuti goal kedua oleh Steven Gerrard mendahului dengan dua gol, kedua-dua gol ini dijaringkan dalam masa tidak sampai 20 minit. Menyedari Alaves akan lebih banyak diserang oleh Liverpool, pasukan ini membuat perubahan dengan serta merta dan selepas lima minit kemudian Ivan Alonso menjaringkan gol untuk merapatkan kedudukan. Permainan menjadi semakin hangat, gol ketiga diperolahi daripada sepakan penalti apabila owen dijatuhkan oleh penjaga gol pasukan Alaves.

Babak kedua bermula dan Javi Moreno menjaringakn gol di minit 48 dan 51. Tiba-tiba seperti tidak percaya keadaan menjadi 3-3, dan Alaves mula percaya bahawa mereka boleh memenangi perlawanan ini.

Minit 73 Robbie Fowler kembali memimpin Liverpool dihadapan, tapi pasukan Alaves dengan kembali menyamakan kedudukan di minit terakhir dan memaksa perlawanan berlanjutan pada masa tambahan ( golden Goal) Pada masa tambahan 15 minit pertama adengan menarik berlaku dengan dimana dua gol tidak disahkan dan dua kad merah. Melihat perlawanan ini memang sukar nak percaya apa yang berlaku dimana Sembilan gol telah dijaringkan, dua kad merah dan dua goal yang tidak disahkan. Bagi saya pelawanan ini adalah salah satu perlawanan wajib tonton bagi sesiapa yang bergelar penyokong setia Liverpool.

Highlights Perlawanan


2. Liverpool 3-3 AC Milan (25/05/2005)

Pertandingan ini sering disebut sebagai "Keajaiban Istanbul". Mari kita lihat kenapa perlawanan amat bermakna kita penyokong Liverpool. Cukup hebat dan penuh dengan aksi tidak mudah mengaku kalah, Istanbul tidak akan pernah dilupakan oleh setiap peminat Liverpool.Penyokong pasukan lain akan ingat betapa istimewanya perlawanan ini . Selaku pasukan Underdogs Liverpool turun ke padang dengan penuh harapan untuk menang pada malam tersebut.

Pada masa itu Liverpool yang telah memenangi Liga juara-juara sebanyak empat kali,dan final yang keenam sejak bencana Stadium Heysel pada tahun 1985. Laluan ke Final dimana Liverpool telah mendapat tempat kedua dalam kumpulan dibelakang Monaco dan kemudian mengalahkan Bayer Leverkusen, Juventus dan Chelsea untuk sampai ke final.
Ac Milan dianggap sebagai pilihan sebelum perlawanan dan mula menjaringakn gol dalam minit pertama melalui kapten Paolo Maldini. Hernán Crespo menambah dua gol lagi sebelum separuh masa untuk membuat keadaan menjadi 3-0. Separuh masa kedua. Liverpool seperti mendapat tonik ajaib dan membuat comeback yang menakjubkan, Liverpool menjaringakn tiga gol dalam enam minit untuk keadaan berubah menjadi 3-3, melalui Steven Gerrard, Vladimír Šmicer dan Xabi Alonso. Kedudukan tidak berubah dalam masa tambahan, dan memaksa penentuan penalti diperlukan untuk menentukan juara. Jerzy Dudek mencul sebagai wira Liverpool apabila menahan sepakan penalti dari Andriy Shevchenko sekaligus membawa Liverpool muncul juara piala Eropah pada kali ke 5.
Highlights Perlawanan

3.Liverpool 3-3 West Ham (13/05/2006)

Boleh dikatakan sebagai FA Cup final yang paling menarik sepanjang masa satu dekat ini, dan selamanya akan dikenang sebagai " final Gerrard ". Perkara ini bukan sekadar bercakap kosong dalam perlawanan ini sekali lagi kita boleh lihat bagaimana Kapten Liverpool ini. Menjadi pembakar semangat kepada semua pemain yang beraksi pada perlawanan ini. Dalam perlawanan ini Gerrard telah menjaringakan dua gol dan satu lagi dijaringkan oleh Cissé. Pepe Reina beraksi cermerlang dengan menyelamatkan tiga sepakan penalti.

Highlights Perlawanan


4. Manchester United 1-4 Liverpool (14/03/2009)

Perlawanan terbaik yang menduduki tempat keempat adalah adalah perlawanan yang berlangsung pada tahun 2009 salah satu sebab mengapa saya memilih perlawanan ini adalah kerana ia merupakan perlawanan yang benar-benar terbaik kalau dalam bahasa inggerisnya “is a special one”.

Seperti yang kita tahu apabila berkunjung ke old Trafford untuk menentang Manchester United dalam kempen liga perdana, selalunya Manchester menjadi pasukan pilihan. Tetapi pada perlawanan ini, sekali lagi jangkaan media dan jangkaan orang ramai adalah sama sekali salah dan Liverpool yang diketuai oleh Gerrarrd selali lagi mencipta kemenangan yang bergaya dan mempamerkan persembahan yang telah memukau penonton perlawanan ini . Pada perlawanan ini juga menyaksikan bagaimana besarnya sumbangan Fernando Torres yang berjaya mempermainkan Nemanja Vidic. Dalam perlawanan ini juga kapten Liverpool telah melakukan aksi yang benar-benar menarik dan amat bermakna dalam perlawanan ini. “ Dimana Steven Gerrard telah mencium kemera dan ini telah menjadi Trademark setiap kali Gerrard menjaringakn gol di Old Trafford”.

Highlights Perlawanan


5. Liverpool 4-4 Arsenal (21/05/2009)

Perlawanan ini dipilih kerana menunjukan bagaimana Liverpool berada pada puncak Barclays Premier League ( BPL ) pada musim 2008/2009 selepas perlawanan ini tamat . Keseluruhan perlawanan ini menunjukkan sekali lagi bagaimana pasukan Liverpool yang kita sayang ini berjaya bangkit dan mengejar kembali walaupun pada ketika itu pemain Arsenal Arshavin bermain dengan baik dan menjaringkan empat gol. Dalam perlawanan ini juga menyaksikan dua gol dari Torres dan selebihnya dua gol dijaringakn oleh Benayoun yang kini bermain dengan Chelsea pada musim ini.

Highlights Perlawanan


6. Liverpool 3-1 Olympiakos (08/12/2004)

"OHHH YOU BEAUTY! WHAT A HIT SON, WHAT A HIT!"
Itulah yang saya gambarkan pada perlawanan ini,Sukar untuk percaya aksi pemain Liverpool pada perlawanan ini yang berlaku selama lima tahun yang lalu. Saya yakin setiap penggemar Liverpool akan bersetuju dengan saya apabila saya mengatakan ini berlawanan yang benar bermakna dalam sejarah Liverpool.

Dalam kempen liga juara-juara Liverpool perlu menang dengan dua gol untuk memastikan mereka berjaya melepasi tahap kumpulan, namun hal ini tampak sukar ketika Rivaldo menjaringakan gol dari sepakan pecuma untuk seolah-oleh menutup peluang Liverpool mara ke peringkat kalah mati dalam Kempen Liga juara-juara Greek .

Namun seperti Liverpool tidak mengaku kalah dan terus menyerang dan akhirnya menjaringkan tiga goal pada separuh masa kedua dan sekaligus melayakkan Liverpool masuk ke pusingan kalah mati. Dalam perlawanan ini juga sekali lagi watak utama perlawanan adalah Gerrard yang menjaringkan Volley yang amat cantik pada gol ketiga.

Highlights Perlawanan

7. Liverpool 2-1 Arsenal (12/05/2001)

Piala FA merupakan piala yang menjadi rembutan pada setiap pasukan yang bermain dalam kancah liga di England, dan pada tahun 2001. Piala FA adalah salah satu yang paling dramatik dalam sejarah Liverpool dimana bayangkan lah, dua gol dalam lapan minit terakhir yang telah dijaringkan oleh owen semasa dia bermain untuk Liverpool.


Highlights Perlawanan

8. Chelsea 4-4 Liverpool (14/04/2009)

Pada perlawanan sebelumnya tampak sukar Liverpool pergi lebih jauh kerana sebelum ini Chelsea telah menang 3-1 di Anfield pada perlawanan pertama dalam kempen liga juara-juara pada tahun tersebut . Ini bermakna Liverpool perlu menang dengan jaringan dua gol.

Walaupun Liverpool tidak layak untuk ke pusingan seterusnya kerana kalah dengan mata agregat 7-5 , tetapi Liverpool seperti biasa memang tidak mudah mengaku kalah dengan begitu mudah. Dan anda bayangkan lah bagaimana 8 goal telah dijaringakan dalam perlawanan tersebut dan pastilah ianya adalah sesuatu yang wajib kita sebagai peminat Liverpool tengok perlawanan antara dua pasukan terbaik dalam liga perdana ( BPL) .

Highlights Perlawanan

9. Liverpool 4-2 Arsenal (08/04/08)

Perlawanan ini berlangsung dalam kempen liga juara-juara, dan merupakan perlawanan pada peringakt suku akhir yang berlansung di Anfiled. Perlawanan ini merupakan trilogy antara Arsenal dan Liverpool kerana pada minggu sebelumnya kedua pasukan ini telah bertemu dalam kempen liga domestik ( BPL), dimana kedua pasukan telah seri dengan 1-1.


Dalam perlawanan ini enam gol telah dijaringakan dengan empat daripadanya gol daripada Liverpool. Pastikan selepas ini anda lihat perlawanan ini kerana ini merupakan perlawanan wajib tonton untuk mengimbas kembali bagaimana The reds sebagai pasukan yang digeruni dalam liga domestik mahupun dalam liga juara-juara.

Highlights Perlawanan

10. Liverpool 4-0 Real Madrid (10/03/2009)

Mengalahkan pasukan yang antara terbaik dunia adalah salah satu kenangan yang begitu indah dan penuh erti kepada kepada Liverpool pada ketika itu dan anda banyangkanlah bukan sedikit empat gol telah dijaringkan dan perlawanan ini berlangsung untuk kempen liga juara-juara pada edisi 2008/2009.

Highlights Perlawanan

comment 2 comments:

Anonymous said...

well done bro!! antara ulasan dan bingkisan yg terbaek pernah aku bace!!

Alif Rider on March 20, 2011 at 7:49 PM said...

besta&cool

Post a Comment

 
© LIVERPOOL selaMAnYa | Design by Blog template in collaboration with Concert Tickets, and Menopause symptoms
Powered by Blogger