Giovanni Dos Santos kini dalam perhatian Liverpool untuk dibawa ke kem Liverpool, tetapi Liverpool mempunyai masalah kerana Tottenham Hotspurs secara terang dan jujurnya mengatakan "tidak" dan menolak tawaran tersebut.
Selaku bos besar di Tottenham Harry Redknapp telah mengatakan Liverpool dan pasukan lain yang ingin mendapatkan Dos Santos harus berlatih dan bermain untuk Tottenham sebelum pergi ke pasukan lain.
Manakala respon Liverpool adalah mereka bersedia mengambil keuntungan daripada penjualan pemain atau keuntungan pada awal musim untuk membawa Dos Santos ke dalam senarai pemain untuk Liverpool.
Bos Liverpool Roy Hodgson menyatakan dalam sebuah wawancara dengan majalah Inggeris Caughtoffside bahawa dia bersedia untuk membayar lebih dari $ 28 Juta untuk Giovanni Dos Santos dan Roman Pavlyuchenko. Dan tujuan utama untuk Liverpool memperoleh Dos Santos untuk memperbaiki pasukan menjadi satu pasukan yang boleh berada di kedudukan yang sama seperti Chelsea dan Manchester United. Kemungkinan lain adalah untuk Dos Santos boleh membantu Liverpool dalam kempen liga Europa .
Giovanni Dos Santos adalah salah satu pemain terbaru dari Mexico yang telah bermain di Liga Eropah bersama-sama dengan Chicharito Hernandez yang bermain untuk Manchester United.Ini akan menjadi kesempatan hebat jika dia mampu bermain untuk Liverpool. selain itu dia juga boleh memperolehi pengalaman lebih untuk menyumbang kepada Liverpool.
HARI IBU YANG BERDARAH
-
Tangisan Sunyi Sang Ibu: Kisah Sedih Di Balik Langkahan Gajah.
Ini sebuah kejadian
Yang benar-benar berlaku pada waktu Hari Ibu Sedunia pada 11-05-2025 ...
4 months ago
Post a Comment