LUCAS "statistik dan tribute"




Kecederaan yang menimpa dirinya semasa perlawanan suku akhir menentang Chelsea. hasil laporan LFCTV yang menyatakan bahawa pemain terbaik musim 2010/2011 ini melayan hari-hari sunyinya di luar padang sehingga hujung musim.

Media sukan menyatakan bahawa, liverpool akan merasa kehilangan besar atas kecederaan yang dialami oleh beliau,namun begutu benarkah penyataan ini, oleh itu dalam entri kali ini saya akan memberikan serba sedikit bukti atas penyataan ini.


--statistik daripada web whoscored.com--

Menurut web whoscored.com menyatakan bahawa dalam kalangan pasukan kenny kini, lucas merupakan pemain yang mempunyai tahap hantaran tertinggi dengan tahap ketepatan hantaran sebanyak 85.6% iaitu lebih daripada hantaran yang dilakukan oleh C. Adam. malah web sky sport juga menyatakan bahawa pemain kebangsaan Brazil ini merupakan Top Tackler dengan Success rate sebanyak 76% meninggalkan Faurlin(QPR) dan Parker (Tottenham)


--statistik daripada web skysport.com--

Statistik ini jelas sekali menunjukkan bahawa beliau merupakan pemain terpenting untuk Liverpool di bahagian tengah, dengan gandingannya bersama Adam menjadikan jentera serangan menjadi lebih lancar. dengan Adam yang sering naik untuk membantu serangan pasukan. Lucas pula akan memainkan peranan sebagai penghubung gerakan antara pertahanan dengan bahagian serangan.

Kita Liverpool pastinya akan merasa kehilangannya sepanjang musim ini, dengan kini Jonjo Shelvey telah dipanggil semula dari Blackpool diharapkan agar kehadiran pemain muda ini akan menggunakan pengalamannya di The Seasiders untuk memegang peranan sebagai pengganti kepada Lucas. and kepada Lucas semoga cepat sembuh ye.... YNWA



PS: Sudah lama saya tidak menulis... hari ini terimalah sedikit entri dari saya. dan maaf sebab sudah dalama tidak menulis

comment 2 comments:

Anonymous said...

lucas memang sedang meningkat.....kunci di bahagian tengah......tugasnya utk mendapatkan possesion dan menyimpan bola dilaksanan dgn baik..moga cpt smbuh

Anonymous said...

Len said...
Lucas mirip luca modric juga...and kalo player malaysia seprti Najmi...

Post a Comment

 
© LIVERPOOL selaMAnYa | Design by Blog template in collaboration with Concert Tickets, and Menopause symptoms
Powered by Blogger