match preview: Aston Villa vs Liverpool



Malam esok kita akan turun menentang pasukan kendalian Alex McLeish yang juga merupakan pasukan lama downing. Dengan keadaan dimana Spearing yang masih digantung perlawanan Gerrard dan Lucas cedera saya menjangkakan bahawa Pasukan kini berada dalam keadaan kekurangan bahagian tengah yang bertugas merancang pergerakan bola di atas padang.

Dijangka Henderson dan Charlie Adam akan digandingkan bersama untuk memimpin pasukan manakala Downing dan Bellamy akan diturunkan sebagai sayap kiri dan kanan, serta Suarez yang masih menunggu keputusan isu perkauman dengan Evra saya jangkakan akan digandingkan bersama Dirk Kuyt.

Jika melihatkan kepada Match record prestasi kita apabila bermain di Villa Park tidak begitu memberangsangkan, dimana pada musim lepas jikakalau anda masih ingat kita tewas 0-1 melalui jaringan kencang Downing. Ini diikuti pula 2009/2010 pula kita hanya menang 1-0 semasa Rafa Benítez dan Martin O'Neill membimbing kedua pasukan ini.

Jujur saya katakan diharapkan dalam perlawanan kita berada dalam kedudukan 50;50 untuk mengecapi kemenangan namun menang adalah satu bonos kepada kita untuk mengukuhkan kedudukan dalam tahta liga. Juga ingin saya ingatkan bahawa anak buah Alex McLeish bukan lah pasukan sebarangan, dengan kehadiran D. Bent sebagai penyerang dan N'Zogbia serta Stephen Warnock di bahagian kiri mereka amat merbahaya kepada apabila mereka membuat serangan.

Manakala di kem Liverpool pula, L. Suárez saya jangkakan akan meneruskan momentum jarin gan gol peribadi untuk dirinya, serta diharapkan C. Bellamy dan Kuyt akan menjadi back up kepada suarez untuk mewujudkan ruang untuk suarez menjaringkan gol.

Overole permainan malam ini, saya jangkakan akan berjalan dengan temph yang laju memandangkan Aston villa dan pasukan kesayangan kita gemarkan aksi permainan laju, serta C.adam dijangka dan Henderson akan menjadi key player dalam gerakan permainan pasukan. Bagi Downing pula beliau berjaya menjadi duri dalam daging kepada bekas pasukan lamanya \, lebih baik lagi kalau dapat menjaringkan gol pertamanya untuk Liverpool.

sekian> YNWA

comment 0 comments:

Post a Comment

 
© LIVERPOOL selaMAnYa | Design by Blog template in collaboration with Concert Tickets, and Menopause symptoms
Powered by Blogger