Komen dari bakal goalie's terbaik dunia " kononya"



Inilah yang dikatakan bahawa , baru je naik dah belagak macam abang besar. Ye saya ((penulis) akui semasa minggu lepas antara pasukan kita turun melayan kunjungan pasukan itik laut a.k.a Swansea, kita bermain di bawah prestasi sebenar pasukan.

Tetapi bukannya bermakna kita bermain corak yang tersangat la teruknya. Konsepnya sama bak ulang tayang semasa kita menentang Norwich City, dimana kita banyak mensiakan perluang kemasan untuk menjaringkan gol seterusnya membawa 3 mata berharga. Dengan keputusan seri ini, Pasukan kita kini telah disindir oleh bakal penjaga gol terbaik dunia dari pasukan itik laut yang yang berbunyi ....

“Liverpool terlalu sangat bergantung kepada Suarez untuk menjaringkan gol sahaja”.

Kalau korang yang tak kenal siapakah mamat yang bersuara lantang nie, nama beliau adalah Michel Vorm. Dulunya dia bermain di FC Utrecht dan juga pernah menetang Suarez dalam kempen Liga Belanda disana.

Menurut bakal penjaga gol terbaik dunia itu lagi......

“taktikal yang digunakan oleh Swansea sangat bergaya lagi segak serta ditambah pula dengan katangkasan aku(Vorm) menepis segala percubaan dalam perlawanan tersebut, telah menjadikan aku bakal disenaraikan sebagai penjaga gol terbaik dunia” (just melepaskan geram)

Keseluruhannya saya (penulis) akui kini kita mengalami sedikit penurunan ketajaman dari prosepek penyudah di depan gol. Walaupun corak permainan kelab agak sedikit menurun tatapi pada masa yang sama dilihat banyak kemajuan dari aspek kefahaman antara pemain. Cuma apa yang diperlukan kini, kejataman penyudah harus diperbaiki oleh barisan offensi di tambah dengan sedikit nasib. Diharapkan agar kenny dan barisan serangan kita, dapat melakukan sedikit tambah baik kerana selepas ini, kita akan menentang Chelsea dan Man City.

Jika badi ini berterusan pastinya akan membuatkan moral pasukan menjadi rendah dan berkemungkinan Liga Juara-Juara kemungkinan menjadi impian tinggal impian. Sekian, YNWA.....

comment 0 comments:

Post a Comment

 
© LIVERPOOL selaMAnYa | Design by Blog template in collaboration with Concert Tickets, and Menopause symptoms
Powered by Blogger