Tahukah anda 500 juta menonton perlawanan Liverpool menentang United


-- Say Gerrard ; "500 juta orang menonton perlawanan ini" --

Keistimewaan perlawanan antara Liverpool menentang United sememangnya membuktikan perlawanan derby match ini boleh dikatakan sebagai perlawanan yang mempunyai polimik dan maksud yang tersendiri. Pertembungan antara kedua musuh Sir Alex Ferguson dengan Kenny Daglish telah diterjemahkan dengan statistik yang amat2 menarik untuk kita lihat. Enjoy ye......

Memetik dari entri yang dikeluarkan oleh web terkenal eropah iaitu ESPNstar.com, menyatakan bahawa, perlawanan yang berlangsung pada sabtu lepas menunjukkan bahawa pertembungan antara kedua pasukan ini berjaya memecahkan rekod siaran langsung, dimana 500 juta orang di seluruh dunia telah menonton perlawanan yang dilangsungkan di Anfield itu.

Berikut adalah statistik siaran langsung dalam perlawanan tersebut.

- 211 negara di seluruh dunia telibat yang menonton perlawanan ini. . Yang bermaksud hanya 27 buah negara di dunia tidak mendapat siaran televisyen yang terdiri daripada Afghanistan, Turkmenistan dan Ukraine dan lain2. Malah negara seperti Kemboja, Fiji dan Madagascar untuk menonton perlawanan itu secara langsung.

Statistik juga menunjukkan perlawanan lepas itu juga telah mendahului rekod siaran langsung antara pasukan giants di liga sepanyol antara Barcelona dan Real Madrid, serta pertembungan antara pasukan belang biru dengan belang merah iaitu AC Milan dan Inter Milan di Serie A.

Hal ini juga membuktikan bahawa perlawanan ini adalah perlawanan yang sememangnya ditunggu oleh semua peminat fans united dan Liverpool di seluruh dunia. Bahkan juga ianya juga menarik minat mereka yang bergelar penonton bola sepak di seantero dunia.

bagi kepada penyokong Liverpool ini pastinya menunjukkan bahawa pasukan kesayangan kita masih lagi dikelaskan antara pasukan terbaik dunia dan pasukan 5 bintang dalam kalangan kelab elite dunia. Betul tak kawan2. Anway YNWA.....

Tonton Highlights Manchester United 1-1 Liverpool MOTD

comment 2 comments:

Nazirul Mubin on October 18, 2011 at 9:33 AM said...

Liverpool is the best rival for Man U.. Aku betul2 harap gandingan leff side Liverpool mampu memperkotak-katikkan ego pemain2 Man U dan Alhamdulillah berjaya..Paling penting sekali corak permainan Liverpool telah menenggelamkan kehebatan corak Man U selaku juara edisi lepas. Pendapat aku, King Kenny bijak mencari peluang menguatkan bhgian midfield kerana tujuan asal adalah menyaingi jentera midfield Man U yg berjaya menjuarai EPL buat kali ke-20. Kenapa bukan offensive? Sebab midfield yang akan menentukan corak serangan. YNWA!

Gunners on September 6, 2012 at 10:21 AM said...

dah kena 2-0 dah..:-)

Post a Comment

 
© LIVERPOOL selaMAnYa | Design by Blog template in collaboration with Concert Tickets, and Menopause symptoms
Powered by Blogger