pujian kepada si adik Carroll

Aksi Merseyside derby, kita menyaksikan andy carroll mula menjaringkan gol pertama untuk dirinya dalam kempen Liga musim ini, sebelum terhasilnya gol terdapat begitu banyak cakap-cakap yang melontarkan komen pedas untuk Carroll, tetapi apa yang ingin saya sampaikan kali ini bukan kata2 negatif, tetapi komen positif terhadap si adik carroll kita ini.

-- Alan Shearer yakin Kenny mampu membentuk Carrol--


Alan Shearer memuji dan melabelkan Carroll sebagai calon terdekat untuk digantikan dengan Wayne Rooney dalam squad kebangsaan England. menurut lagenda Newcastle itu lagi, Kenny pasti membantu perkembangan potensi Carroll untuk menjadikan beliau setaraf jika digandingkan bersama Rooney apabila menyarung jesey kebangsaan England kelak. Tambah Alan Shearer lagi,....


--Kenny dan Alan Shearer--

“Apa yang dilakukannya kepada carroll kini, adalah sama keadaannya semasa saya berpindah ke Blackburn dengan rekod perpindahan terbesar bagi pemain British sekitar £3.3juta.”
“Apa yang saya nampak yang bakal dilakukan oleh kenny kepada Carroll sama seperti yang dilakukan oleh Beliau(kenny) kepada diri saya.”

“Dimana Kenny merubah saya menjadi lebih baik samada semasa beraksi di dalam padang mahupun di luar padang”

Manakala diikuti dengan komen posistif yang ditampilkan oleh Stewart Downing, selepas kemenangan bergaya keatas everton, Downing tampil menyatakan pendiriannya terhadap Carroll yang sudah menemui jaringan pertama untuk musim ini. Tambah Downing lagi.....


-- Downing yakin Carroll akan terus maju--

"Andy adalah seorang penyerang yang berkualiti dan saya pasti dia akan bertambah baik.ditambah pula hasil dari jaringan semasa aksi derby pertamanya pastinya akan memberikan kelebihan kepada Carroll untuk lebih maju di masa akan datang. “

PS:----
Dan untuk pengetahuan anda Carroll dan Downing merupakan wakil Reds yang dipilih oleh Fabio Capello bagi aksi kempen kelayakkan Euro 2012 yang bakal dilangsungkan jumaat ini, manakala Steven Gerrard yang masih belum cergas dari kecederran dan Glen Johnson yang masih dalam tempoh pemulihan tidak disenaraikan untuk berjuang atas nama The Three Lions.

comment 0 comments:

Post a Comment

 
© LIVERPOOL selaMAnYa | Design by Blog template in collaboration with Concert Tickets, and Menopause symptoms
Powered by Blogger