Pentingnya menang menentang United




Salam, tidak perlu dipertakan lagi, sudah melihatkan tajuk, pastinya anda semua sudah mengetahui apa yang bakal ditulis untuk entri kali ini. Bagi membangkitkan lagi semangat dan keghairahan semperna aksi menentang united.

Minggu ini akan diisi oleh aksi kelayakkan Euro dan friendly antarabangsa.Perlawanan yang bakal dijalankan pada 15 oktober, bagai sudah diaturkan dengan penuh makna. Tarikh ini dipilih untuk kita (Liverpool) turun menentang musuh tradisi dari zaman datuk nenek bagi manusiayang bergelar Liverpool supporters.

Mungkin ada dalam kalangan anda semua tidak mengetahui apakah keistimewaan dan apakah peristiwa yang membuatkan tarikh sangat bermakna kepada Liverpool. Keistimewaan di sebalik tarikh ini adalah, pada tahun lepas, sejarah baru dicipta ditulis dalam kalam buku sejarah Livepool FC, dimana owner baru kita si pak cik John W. Henry dan kaum kerabatnya (NESV) secara rasmi mengambil alih tampuk pemilikan kelab dari dua orang amerika bebal si Hicks dan Gillett.

Banyangkanlah, kalau tak ade, john henry entah la apa yang jadi dengan kelab kita sekarang, malah berkemungkinan besar tak ada la Carroll, Suarez, Henderson, Adam dan Downing, Silap-silap boleh turun divisyen atas masalah yang bertimpa-timpa yang tiada kesudahannya.

Rafa Benitez pernah berkata...


“kedua pemilik Liverpool (Hicks dan Gillett) ini hanya pikirkan hendak mendapatkan untung sahaja dan tidak tahu apa-apa mengenai bola sepak, meraka adalah salah satu sebab utama Liverpool mengalami penurunan prestasi pada musim 2009–10 dan gagal untuk layak ke Champions League kerana saya gagal mendapatkan pemain bagi memantapkan Liverpool”


Apapun, pada saya (penulis). Sebagai true fan yang sentiasa paham kedudukan kelab dan mencintai pasukan dengan penuh mendalam. Kita juga perlu munabah diri juga dan perpikir berdasarkan fakta dan statistik. Memang bukan mudah untuk menang menentang united, bukan hendak memuji squad Ferguson, tetapi mereka sememangnya pasukan yang mempunyai squad yang mantap.

Tetapi ini bukan bermakna Liverpool sekarang lemah, saya lebih suka menggunakan pasukan kesayangan kita dilabelkan pasukan underdog bak kata pepatah “seperti padi, makin berisi makin menunduk”.

Jika melihatkan kepada rekod cermelang bila united berkunjung ke Anfield. Saya (penulis) optimis dengan statistik perlawanan lepas2, bahwa kita sememangnya mempunyai kelebihan untuk mengukir kemenangan dalam perlawanan kali ini.

--Detik2 manis yang sukar dilupakan--

Sebagai contohnya masih ingatkan anda detik2 indah musim lepas, apabila suarez mudah mempermainkan pemain2 united dan Kuyt dengan hatriknya. Harap detik indah ini dapat diteruskan kerana menang menentang united adalah kegembiraan yang tidak penghujungnya . YNWA

comment 1 comments:

Anonymous said...

len said....

saya setuju sekiranya Liverpool di labelkan Underdog...tidak la terlalu tertekan pemain2 kop...biarlah KOP tak Juara liga tahun ni yg penting KOP tewaskan MU Home & Away... :)

Post a Comment

 
© LIVERPOOL selaMAnYa | Design by Blog template in collaboration with Concert Tickets, and Menopause symptoms
Powered by Blogger