MATCH Preview: Liverpool vs Man United



Detik yang ditunggu sudapun menghampiri kita semua, perlawanan MAHA keramat yang boleh digelarkan perlawanan terbesar untuk kempen Liga Perdana untuk minggu ini. Manakala bagi siapa yang belum tahu minggu ini kita akan melayan kunjungan musuh tradisi dari datuk nenek moyang kita

Jika melihatkan rekod perlawanan terdahulu jelas sekali menunjukkan andaian base pada rekod2 perlawanan lepas sememangnya menyebelahi kita,boleh juga disama ertikan united bila berkunjung ke Anfield menjadi LAUK ayam masak kari yang lazat untuk dimakan.

Dalam kekalutan heboh sana sini mengatakan bahawa Gerrard akan tampil untuk pertama kali sebagai line up utama dalam perlawanan kali ini. jika hal ini benar Gerrard kembali, pastinya ini akan memberikan tonik berguna kepada seluruh pemain untuk bermain dengan all out.

Pada masa yang sama kapten red devil , si mamat Vidic juga kononnya tengah bertarung merebut tempat untuk disenaraikan dalam perlawanan ini. Ini juga diikuti bek kanan kita Glen johnson juga menyatakan hasratnya untuk diturunkan dalam perlawanan ini. Biarlah bab2 pemain ditentukan oleh kedua pengurus pasukan yang sememangnya ingin menyenaraikan pemain terbaik mereka untuk match kali ini.

Pada pendapat saya....

Walau apa pun strategi yang digunakan oleh kenny dan siapapun yang bermain di atas padang, dan apa pun keputusan nya kita pastinya ingin menyaksikan corak perlawanan yang menarik . kalau ditakdirkan kita Liverpool menang ini pastinya mengembirakan kita semua, dan pastinya kemenangan ini menjadi hadiah istimewa kepada bos besar En John Henry atas sambutan pertama syarikat dibawah kendaliannya membeli Liverpoool pada 15 oktober. Keistimewaan di sebalik tarikh ini adalah, pada tahun lepas, sejarah baru dicipta ditulis dalam kalam buku sejarah Livepool FC, dimana owner baru kita si pak cik John W. Henry dan kaum kerabatnya (NESV) secara rasmi mengambil alih tampuk pemilikan kelab dari dua orang amerika bebal si Hicks dan Gillett.

Disamping itu juga, Memang benar saya akui united adalah pasukan yang mantap. Sebagai true fan yang sentiasa paham kedudukan kelab dan mencintai pasukan dengan penuh mendalam.
Kita juga perlu munabah diri juga dan perpikir berdasarkan fakta dan statistik. Memang secara hakikatnya, MU memang kuat & sukar untuk dikalahkan. Di atas kertas sudah pasti mereka di-predict akan menang. Kaki gambling, kaki booking, akan bertaruh banyak untuk Alex Ferguson dan anak buahnya.

Namun, di mana ada kemahuan di situ ada jalan . Liverpool tetap Liverpool. Kite juga ade resipi, ramuan yang tersendiri untuk mengalahkan sesiapa sahaja. Kate orang, dalam bola sepak, ape2 boleh berlaku.

Dan dalam perlawanan ini saya lebih suka melabelkan psukan kesayangan kita dipilih sebagai underdog bak kata pepatah “seperti padi, makin berisi makin menunduk”. Malah Jika kalah pun kita tetap terima keputusan ini kan3..... YNWA...

Jangkaan pemain
Reina, Johnson, Skrtel, Carragher, Enrique, Lucas, Downing, Adam, Gerrard, Suárez, Kuyt.

enjoy video ini untuk menyemarakkan lagi mood perlawanan kali ini..



comment 0 comments:

Post a Comment

 
© LIVERPOOL selaMAnYa | Design by Blog template in collaboration with Concert Tickets, and Menopause symptoms
Powered by Blogger