Kunci perlawanan The Reds vs Red devil



Seperti yang semua sudah tau, boleh dikatakan seperti sudah terang lagi bersuluh, saya(penulis) ingin memberikan sedikit pendapat mengenai apa yang bakal berlaku dalam perlawanan terbesar minggu ke 8 ini.

Mungkin korang sudah pernah membaca entri ini dari web site bleacherreport.com, dimana web site ini sudah menjadi begitu popular yang memberikan peluang dan ruang kepada penulis jalanan a.k.a penulis amatur seperti saya untuk memberikan idea dan pendapat mereka dalam dunia penulisan bola sepak.

Saya amat tertarik membaca entri tersebut dan kali ini saya berkongsi sedikit pendapat dan komen melalui penglihatan saya mengenai lima kunci yang bakal berlaku dalam perlawanan menentang United minggu ini.

Wayne Rooney vs. Jamie Carragher

Memang tidak dapat dinafikan bahawa sememangnya si mamat Rooney memang antara penyerang yang digeruni di liga perdana sekarang dengan jumlah 9 goal untuk 7 perlawanan, melihatkan jaringan ini sahaja pastinya membuatkan pemain pertahanan akan memberikan tumpuan yang extra lebih kepada pemain no 10 ini. Oleh sebab yang dimikian saya lebih dan teramat setuju penlong kapten kita En Carragher ditugaskan untuk menjaga sekaligus merantai pergerakkan bebas Rooney dalam petak penalti pasukan kita.

Dengan pengalaman yang dijelaskan melalui penampilan kedua sepanjang sepanjang zaman untuk Liverpool Fc, pastinya ini akan membuatkan rooney sukar bergerak bebas di kawasan merbahaya liverpool pada perlawanan tersebut.

Ashley Young vs. Jose Enrique

Enrique, merupakan pemain yang saya rasa pembelian terbaik musim ini bagi 7 perlawanan setakat ini, dengan larian pantas di bahagian kiri dan x faktor serta kelebihan susuk tubuh yang tegap pastinya Enrique akan ditugaskan oleh kenny untuk mengawasi A. Young di bahagian kiri padang.

Young juga merupakan pembelian yang bagus kepada United, saya juga pasti rakan2 lain juga tahu mengenai kemampuan pemain ini, malah kenny dan Damien Comolli juga menginginkan pemain ini untuk dibawa ke kem Liverpool sejak musim perpindahan januari lepas, tetapi sudah tidak ada rezeki Young memilih untuk menjadi Reds Devil Army nak buat macam mane....

Oleh itu saya 100% percaya + yakin bahawa . Jose Enrique akan dipilih untuk beraksi di bahagian kiri bek dan overlap dari kiri pastinya akan membantu serangan pasukan seperti mana yang dilakukan semasa menentang Everton dua minnggu lepas. Jika pada perlawanan ini Enrique berjaya menyekat A. Young, pastinya ini sekaligus akan membuka mata jurulatih kebangsaan Sepanyol untuk membawa Enrique di squad kebangsaan. ( andaian sahaja )

Luis Suarez vs. Nemanja Vidic/ Phil Jones

Tidak perlu diperkenalkan lagi, si kecik molek dan wira The Kop untuk musim ini, Suarez akan diletakkan di bahagian serangan. Pada perlawanan lepas semasa kedua pasukan bertemu di Anfield kita menyaksikan aksi tahap dewa dipamerkan oleh pemain ini.

Semasa Perlawanan lepas, pastinya Kenangan hitam+ pedih pertahanan United apabila Suarez bermaharaja lela di dalam kotak penalti semasa goal pertama dijaringkan. Pastinya membuatkan pertahanan United akan memberikan extra control kepada our no 7 ini. Tetapi saya optimis bahawa kali ini Suarez akan menemui jaringan pertamanya pada sabtu minggu ini.

Cuma yang memingkan kepala hotak saya(penulis), siapakah yang benar2 layak untuk digandingkan bersama Suarez samada Kuyt atau Caroll. Dan persoalan ini saya serahkan kepada Kenny sebagai dewa taktikal(gurau je) untuk menentukannya.

comment 3 comments:

Unknown on October 12, 2011 at 11:41 PM said...

carroll masih lagi releven untuk digandingkan dgn suarez..kuyt letak belah kanan..baru POWER!!

RABUN on October 13, 2011 at 7:21 AM said...

hati hati ngan counter atack ngan perangkap offside, pasukan setan ni memang pakar ngan tektik sial macam ni dan mengunakan kelemahan linesman liga inggeris, dah banyak kali aku tgk dorang terlepas ngan gol gol yang sebenarnya offside, dan banyak kali gak aku tgk kalau pun mereka bermain burok mereka tetap menghasilkan keputusan yang baik dengan memerangkap lawan ngan counterattack....


lagi satu mereka memang pakar mendapatkan sepakan sepakan percuma, susah susah dorang akan dapat penalti memang dah diajar oleh bapak Setan, bab ni memang tak der penyelesaiaan, semua bergantung kat refree, kalau ref jenis yang kurang tiup wisel setan biasa dah mula tak tentu arah terutamanya nani ngan rooney

kunci kejayaan setan setakat ni aku rasa young memandangkan pada assistnya...jadi apa lagi 'manga' dia.

Nazirul Mubin on October 14, 2011 at 5:46 PM said...

Aku setuju yang walau buruk mane pon MU main dowg tetap dapat gol melalui gerakan Young. Hernandez pulak walaupun pendek tapi Skrtel tetap kena berwaspada terhadap hantaran lintang yang bakal singgah di kepala si pendek ni. Rooney mesti dirantai oleh Carra seperti pnah dilakukan mse mng 3-1 dlu.

Pastikan jgk ganding Downing dan Enrique mampu menenggelamkan kepantasan sayap MU. Ni je formula kalau nak tutup mulut fan MU kat restoran2 mamak berdekatan.

Post a Comment

 
© LIVERPOOL selaMAnYa | Design by Blog template in collaboration with Concert Tickets, and Menopause symptoms
Powered by Blogger