Menanti Kepulangan Gerrard "The Greatest Captain"






Mungkin agak terlewat untuk saya(penulis) melaporkan berita segembira ini, dimana pada kemarin hari, LFCTV telah menyatakan bahwa kini kapten kesayangan kita Steven Gerrard dikhabarkan akan kembali ke beraksi pada perlawanan menentang Tottenham di White Hart Lane dua minggu dari sekarang.

Jujurnya pastinya ini akan menjadi satu detik yang ditunggu-tunggu oleh semua peminat Liverpool Fc, tidak kira dimana jua mereka berada, saya (penulis) juga sudah tidak sabar untuk kembali melihat aksi Gerrard beraksi di padang dan saya masih lagi, kali terakhir kita melihat kelibat 'Stevie’ adalah semasa pasukan kita mencatatkan kemenangan bergaya menentang United di Anfield musim lepas, semenjak perlawanan itu beliau terpaksa menjalani pembedahan pangkal paha, dan sehingga pada ketika itu beliau tidak diturunkan.


--Kami menanti kepulangan Stevie--

Jika benar bahwa 'Stevie’ akan kembali semasa aksi menentang Spurs, pastinya Saya (penulis) dan anda semua ingin melihat bagaimana aksi dan gabungan pemain baru seperti Henderson, Adam, Downing dan Enrique bergabung tenaga bagi memberikan impak yang bakal mengegerkan Liga Perdana pada musim kali ini.

Memetik dari bekas lagenda kelab iaitu Jamie Redknapp menyatakan bahawa beliau tidak sabar untuk melihat gandingan antara Luis Suarez dan Stevie bagi perjalanan musim kali ini, dan saya juga pasti bahawa rakan-rakan juga tidak sabar melihat aksi Gerrard menjaringkan goal dari jauh seperti yang biasa dilakukan oleh Gerrard The greatest captain. Kan2 ?

Dan persoalan terbesar yang perlu kita pikirkan siapakah yang bakal dikorbankan di bangku simpanan untuk memberikan ruang Gerrrad beraksi semasa menentang Spurs???




Fakta mengenai Gerrard:
• Sejak kembali Kenny sebagai pengurus Gerrard hanya beraksi 6 perlawanan di bawah King Kenny.

• Pada musim lepas, gerrard walupun berada dalam keadaan injury beliau berjaya menjaringkan 4 gol dalam 21 penampilan dalam liga.

• Kali terakhir Stevie G menjaringkan hatrik adalah semasa menentang Napoli pada musim lepas, pada perlawanan peringkat Liga Europa.




comment 1 comments:

Hani on September 17, 2011 at 11:10 AM said...

mmg tak sabar nak tunggu gerrard beraksi...sbb saya nak tgk gandingan dia ngan suarez hehehe

Post a Comment

 
© LIVERPOOL selaMAnYa | Design by Blog template in collaboration with Concert Tickets, and Menopause symptoms
Powered by Blogger