MATCH Review :Tottenham Hotspur vs Liverpool




Live info
18 September 2011 (Ahad)
8.25 malam
Astro ESPN (812)

Salam dan selamat sejahera kepada semua rakan2. Sebelum memulakan penulis match Preview, saya (penulis) ingin meminta maaf atas ketiadaan match Preview dan match Preview semasa perlawanan menentang Stoke minggu lepas, dan sayang pada perlawanan tersebut kita tewas walaupun bermain dengan begitu baik, dan mudahnya saya rumuskan pada perlawanan iaitu M. Clattenburg yang memainkan peranan utama memberikan kekalahan pertama kita untuk musim ini.


Apa pun, lupa kisah minggu lepas, dan pada minggu ini sekali lagi kita akan menyaksikan pasukan kesayangan kita akan beraksi menentang anak didik Harry Redknapp di White Hart Lane. Jika melihatkan rekod perlawanan, boleh dikatakan kita agak bermasalah untuk mencatatkan kemenangan semasa menentang Spurs di gelanggang mereka, dimana pada tiga perlawanan terdahulu menyaksikan kita tewas dengan jaringan 2-1.


--mungkinkah kapten akan diturunkan?--

Tetapi dengan prestasi yang diperlihatkan oleh team pada musim ini, kawan-kawan pastinya bersetuju dengan saya bahawa, pada penentuan kali ini Reds akan menenang. Dengan kemungkinan kembalinya kapten kesayangan kita pada perlawanan ini, pastinya semua peminat Liverpool akan tertunggu-tunggu aksi Gerarrd setelah begitu lama kecederaan dan pembedahan menghalang beliau untuk turun beraksi.


-- aksi Suarez ditagih dalam petemuan ini--

Pada perlawanan ini berkemungkinan pertahanan spurs William Gallas tidak akan diturunkan atas sebab kecederaan, manakala juga terdapat berita yang mengatakan kononnya van der Vaart sedang mengalami perang mulut dengan Redknapp kerana Van der Vaart dikeluarkan semasa kekalahan Spurs 5-1 kepada united, dan juga beliau juga selepas itu beliau juga diketepikan dari skuad Liga Eropah. Namun ini cakap-cakap luar padang. Dan yang terpenting adalah mutu permainan yang dipertunjukkan oleh squad kenny akan memberikan ruang dan peluang untuk menang pada perlawanan ini.

Kemasukan Parker dan Adebayor melengkap barisan spurs, malah pemain kebangsaan Togo ini menunjukkan kelasnya dengan menjaringkan gol dalam debut pertamanya sebagai pemain pinjaman dari city semasa spurs menentang Wolves minggu lepas. Dan ini pastinya memberikan sedikit tekanan pada barisan pertahanan yang bakal diketui oleh Carra dan tenteranya untuk menyekat Adebayor. Serta bagi barisan tengah Liverpool yang bakal digerakkan oleh Downing dan Adam pastinya akan memberikan lebih banyak hantaran untuk melorongkan bola kepada Suarez. Dan pastinya kita tertanya-tanya adakah sekali lagi kita akan menyaksikan Andy Carroll terpaksa dikorbankan untuk memberi laluan kepada kuyt bergandingan dengan Suarez.


--kuyt atau Carroll yang akan diturunkan?--

Pada pemerhatian saya berkemungkinan juga, pada perlawanan ini kita akan menyaksikan sekali lagi aksi Bellamy, yang menampilkan aksi berkualiti sebagai wing pada perlawanan menentang stoke minggu lepas. Dan yang paling penting adalah kita perlu menang dalam perlawanan ini, kerana jika kita (liverpool ) tewas pada perlawanan saya percaya berkemungkinan moral pemain akan turun pastinya akan menjejaskan prestasi pemainan pasukan. Bahkan kita menyaksikan kedua pasukan Manchester City dan United berjaya menjadikan Spurs sebagai pasukan belasahan. Dan saya optimis kita akan menang dalam perlawanan ini.

Tottenham:
>Friedel, Walker, King, Kaboul, Assou-Ekotto, Lennon, Parker, Modric, Bale, Defoe, Adebayor.

Liverpool:
> Reina, Sktel, Carragher, Agger, Enrique, Lucas, Adam, Henderson, Downing, Suarez, Kuyt.

Andaian saya (penulis): Liverpool menang 2-0... korang barape?????


baca entri ini...

comment 6 comments:

Hani on September 17, 2011 at 10:59 AM said...

liverpool pasti akan menang!!!!!
harap2 dpt tgk gerrard main esok mlm

fadilomar on September 18, 2011 at 4:19 PM said...

secara jujurnya sy rasa liverpool akan kalah lagi kali ni..tp hopefully kite akan seri...

Anonymous said...

liverpool menang besar lawan spur..

jilah said...

aku tetap nak kata liverpool menang!!! minta2 malam ni..REDS ada tuah! (lawan stoke ari tu, REDS performed bagus tapi tak de luck )YNWA!

Anonymous said...

atok korang main bru mnang..bodoh punye liverpool...tahun ni harapn liverpool mmg xdpat nak main ucl...impian bodoh..

Anonymous said...

aku menyesal jd liverpool fans..baek jd swansea fans..klah ke menang ke..org xkesah...aku pelik knape liverpool beli henderson ngan caroll..baik letak bellamy ngan kuyt..bodoh btol king kenny...king kong bley ler..otak lembu..korang jgan mimpi ler liverpool dpat bpl tahon ni..mungkin 18 kali juara liga e2 ler yg terakhir liverpool mnang..kekal smpai biler2..liverpool akan jd pasukan sejarah...hahaaa...bli pemain xde kualiti...drpd beli henderson..baik bli arda turan ataw santi carzola..sial liverpool..gua kecewa....mesti gua kne kutuk cow2 esok...sial la korang...

Post a Comment

 
© LIVERPOOL selaMAnYa | Design by Blog template in collaboration with Concert Tickets, and Menopause symptoms
Powered by Blogger