Entri khas semperna kembalinya "captain fantastic"



Entri ini ditulis oleh saya (penulis), bertujuan untuk memberikan imbasan kembali serba sedikit maklumat mengenai kapten kesayangan kita ini, yang telah kembali beraksi setelah lama terpaksa menggantung but akibat kecederaan. Hope kawan-kawan enjoy dengan penulisan rentetan sejarah dan Bibliografi perjalanan kerjaya bola sepak beliau.

Nama diberi Steven George Gerrard. Beliau Dilahirkan di Whiston, Merseyside, England. pada tarikh 30 May 1980.

Bagai telah tersurat bahawa beliau akan mengapdikan dirinya di Anfield. Malah jika kita lihat dalam kerjaya bola sepak beliau, Gerrard boleh dikatakan sebagai salah seorang pemain yang paling berpengaruh di era nya, sepanjang penglibatan beliau dalam sukan yang diberi nama Bola Sepak ini, Gerrard ataupun lebih manjanya dipanggil Stevie's dikalangan rakan-rakan terdekat Juga dikenali sebagai


-- Gerrard semasa berumur 18 tahun--

Pernah dipilih sebagai kesebelasan terbaik dunia oleh majalah bola sepak terkenal britsh iaitu The Guardian. Manakala menurut lagenda Perancis dan Real Mardird “Zinedine Zidane” pernah menyatakan bahawa Gerrard adalah pemain terbaik dunia yang sukar dicari ganti dalam eranya. Dan yang terbaru pada tahun 2010 didalam sebuah tinjauan yang melibatkan 260, 000 orang peminat di England, Gerrard telah tersenarai didalam XI Terbaik Liga Perdana Inggeris, yang menjadikan beliau duduk sama tinggi dengan lagenda LPI lain seperti Eric cantona, Thierry Henry.

Dan juga Bak kata-kata P. Ramle “irama dan lagu tidak akan dipisahkan”, begitulah juga kaitannya antara Gerrard dan Liverpool. -Tanya sahaja mana- mana peminat bola sepak yang berdekatan dengan anda, pastinya saya(penulis) yakin Liverpool akan muncul bila bercakap mengenai beliau.

Dan begitu jugalah peranan dan semangat yang diberikan oleh beliau semasa beraksi untuk The Reds. Memetik dari kolum Free kick di majalah Wisel bil 244 menyatakan bahawa:

“Steven Gerrard mempunyai karisma yang sangat menakjubkan. Dia mampu menjadi ketua pasukan yang baik, memberikan motivasi kepada rakan sepasukan dan juga mempunyai perwatakan seperti seorang pahlawan yang mampu membimbing serta menjadi tulang belakang kepada kerjayaan pasukan”


Dalam kalangan peminat The Reds, Gerrard telah dilabelkan sebagai kapten fantastik dan juga menjadi beliau setaraf dengan peranan yang dimainkan oleh Lagenda Liverpool Kenny Dalglish yang berperanan sebagai tunjang kepada kerjayaan pasukan semasa di era kegemilangan mereka.

[Zaman kanak-kanak]

Mula bermain di pasukan Whiston Juniors, semasa di permulaan zaman kecilnya. Dan pada umur 9 tahun beliau menyertai Reds ‘ youth academy’ dan disitulah bermula segala antara beliau dan Liverpool Fc. pada 5 November 1997 beliau ditawarkan professional contract.

[Permulaan era di Liverpool FC]

Jika anda bertanya siapa yang mula mengesan bakat Gerrard, pastinya saya(penulis) akan menjawab Gérard Houllier adalah orangnya, kerana pada 29 November 1998 semasa menentang Blackburn Rovers untuk turun mengantikan Vegard Heggem pada minit-minit terakhir perlawanan. Gérard Houllier yang merupakan pengurus LFC pada ketika itu, telah memberikan peluang dan ruang untuk Gerrard yang baru berusia 18 tahun ketika itu, untuk meningkat setingkat lagi bagi bermain di peringkat tertinggi di Liga Perdana. Dalam musim, tersebut beliau telah berjaya bermain sebanyak 13 penampilan untuk menggantikan Jamie Redknapp yang mengalami kecederaan.


--Gérard Houllier mula mengesan bakat Gerrard--

Untuk pengetahuan anda semua, pada permulaan penampilan di dalam first-team untuk Liverpool, Gerrard lebih kerap diletakkan di bahagian Wing kanan, namun begitu pada musim 1999–00, Gerrard kerap bermain di midfield tengah yang kini menjadi posisi kegemarannya. Permulaan kerjayanya di Liverpool bukannya begitu meningkat dengan cepat, Gerrard terpaksa menunggu Hampir 1 tahun sejak penampilan pertamanya di peringkat first team debut untuk menjaringkan debut gol pertama beliau di Liverpool pada Disember 1999 semasa menentang Sheffield Wednesday. Dimana pada ketika itu beliau membuat larian solo dan mengelecek dua pertahanan sebelum menewaskan penjaga gol lawan.

Pada musim 2000-01, Prestasi pemainan Gerrard terus meningkat maju, dan dalam musim tersebut beliau berjaya menjaringkan 10 gol untuk Liverpool Fc dan berjaya ,memenangi League Cup, FA Cup, and the 2001 UEFA Cup. Dalam final 2001 UEFA Cup beliau berjaya membantu kelab untuk menang dalam perlawanan tersebut dan pada perlawanan itu juga dapat disaksikan Gerrard turut menyumbang 1 goal dalam perlawanan itu. pada tahun yang sama juga menyaksikan beliau dianugerahkan PFA Young Player of the Year yang menjadikan Gerrard adalah pemain muda tumpuan di Liga Perdana pada ketika itu.

Musim terus berjalan, dan Gerrard semakin hari semakin meningkat, dalam temph itu juga lah beliau pernah bermain di pelbagai posisi termasuklah wing kiri dan pertahanan kanan serta mula menunjukkan taringnya gol-gol cantik dari jarak jauh. Pada ketika itulah juga Gerrard dan Michael Owen mula mencuri tumpuan dunia, kerana dua pemain kelahiran Academy Liverpool.

Tempoh tahun (2003-2004)

Pada October 2003 atas perkiraan dari pengurus ketika itu, Gérard Houllier telah menggantikan peranan dan tugas kapten yang dulu dipegang oleh Sami Hyypiä kepada Gerrard. Salah satu sebab mengapa Gerrard dipilih untuk mengalas lilitan kapten di Liverpool pada ketika itu adalah disebabkan penampilan watak kepimpinan beliau di atas padang berikut kata -kata dari Gérard Houllier.


“beliau menampilkan peranan dan watak sebagai pemimpinnya”

Namun begitu perjalanan dan penitian kerjaya Gerrard bukanlah seindah yang semua oleh pikirkan, dimana pada musim 2003–04 kelab mengalami ketandusan piala, setelah tamat musim tersebut terdapat begitu banyak spekulasi yang mengkaitkan beliau untuk berhijrah ke Chelsea. Dan akhirnya Gerrard mula menunjukkan kecintaannya kepada Liverpool FC dengan menolak tawaran lumayan sebanyak £20 juta dari Chelsea ], serta pada ketika itu juga Rafael Benítez masuk untuk mengantikan Gérard Houllier yang berundur dari jawatan pengurus kelab.

Tempoh tahun (2004-2007)

Bermula musim 04-05 di bawah kendalian Benítez, dugaan bermula dimana Gerrard mengalami kecederaan panjang pada September yang membuatkan beliau terpaksa berehat panjang sehingga hujung bulan November. Namun demikian Gerrard kembali beraksi semasa menentang Olympiacos untuk melayakkan diri ke slot play off liga juara-juara untuk musim seterusnya,

Dan dalam tempoh ini, iaitu pada 27 February 2005 di perlawanan akhir carling cup, Gerrard tidak sengaja menjaringkan gol sendiri yang memberi ruang kepada Chelsea menang dengan jaringan 3-2.

Namun apa yang membuatkan Gerrard dengan Liverpool tidak boleh dipisahkan adalah aksi yang dipamerkan pada perlawanan final Liga Juara-Juara 2005 di istanbul semasa Liverpool menentang Ac Milan, dimana sebelum masa rehat Liverpool ketinggalan 0-3 kepada Milan. Bermula sahaja separuh masa kedua, pada ketika semua orang mengandaikan mustahil untuk Liverpool mengejar kedudukan kembali, Gerrard tampil dengan gol hasil dari tandukan yang memutarkan tempoh permainan dan menaikkan semangat pasukan bagi membolehkan kedudukan seri menjadi 3-3. Pada malam yang penuh dramatik dan keajaiban itu menyaksikan bahawa Gerrard adalah pemimpin dalam padang yang sejati dan akhirnya dipih sebagai pemain terbaik perlawanan[Man of the Match] dan menerima Anugerah pemain terbaik eropah pada tahun tersebut.


--Gerrard dan Rafa menjulang Trofi liga juara-juara--

Dalam musim perpindahan berikutnya, pada 5 July 2005, Liverpool telah menolak tawaran yang dikemukan oleh Chelsea untuk mendapatkan Gerrard bagi menyertai The Blues. Dan pada ketika itu juga berlaku sedikit kekecohan apabila Liverpool chief executive Rick Parry menyatakan....

“kita (liverpool) harus terus maju kehadapan, dan dia (gerrard) jelas mahu meninggalkan kelab, dan saya rasa ini adalah penamatnya”


"Tenyata komen tersebut adalah salah paham dari kedua belah pihak iaitu Chelsea dan Liverpool, sedangkan pada keesokkan harinya Gerrard menurunkan tanda tangan untuk terus kekal di Liverpool dengan kontrak baru selama 4 tahun".

Gerrard memberitahu kepada media "How can I leave after a night like this?" yang bermaksud malam keajaiban istanbul yang memberikan The Reds Piala Liga Juara-Juara setelah hampir 20 tahun tidak kembali ke Liverpool.

Dengan 23 gol dalam 53 penampilan di musim 2005–06, Gerrard dianugerahkan PFA Player of the Year.yang menjadikan beliau adalah pemain Liverpool mendapat anugerah tersebut sejak kali terakhir dianugerahkan kepada John Barnes pada 1988.tahun 2006 boleh dikatakan sebagai penyeri kepada Liverpool, iaitu pada tahun itu Reds berjaya memenangi Piala Fa semasa menentang West Ham United, dalam perlawanan itu Gerrard menjaringkan gol serta menjadikan kapten kesayangan penyokong Liverpool ini adalah satu-satunya pemain di England yang berjaya menjaringkan gol pada setiap final FA Cup, League Cup, UEFA Cup and Champions League, sudah pastinya ini menjadikan Gerrard begitu istimewa pada pendangan seluruh peminat Liverpool.

Ini disusuli pada 28 October 2007 telah menjadi detik bersejarah kepada Gerrard dengan 400 penampilan untuk Liverpool semasa menentang Arsenal. Pada 13 April 2008 semasa menentang Blackburn Rovers Gerrard mencatatkan penampilan dalam Liga Perdana ke 300 juga dikuti pada 10 March 2009 beliau melengkapkan rekod penampilan ke 100 di peringkat eropah semasa Liverpool membelasah Real Madrid dengan jaringan 4-0. Dan selepas itu juga lah, Gerrard mula diakui oleh Zinedine Zidane yang menyatakan Gerrard adalah pemain terbaik dunia.... berikut kata-kata dari Zidane,

"Is he the best in the world? He might not get the attention of Messi and Ronaldo but yes, I think he might be."


Pada 22 March 2009,menjadi detik bermakna juga kepada Gerrard, dimana beliau menjaringkan Hatrik pertamanya di Liga Perdana semasa menentang Aston villa, berselang selepas itu pada 13 May 2009 memenangi anugerah Football Writers' Association Footballer of the Year, setelah kali terakhir pada 19 tahun lepas pemain di Liverpool memenangi anugerah tersebut. pada tahun tersebut juga Gerrard berjaya menewaskan pemain dua Manchester United iaitu Ryan Giggs dan Wayne Rooney.

Musim 09-10, atas masalah yang dimulakan oleh pemilik ketika itu George Gillett dan Tom Hicks, Liverpool mengalami masalah berterusan dan hanya menamatkan saingan liga di tempat ke tujuh dalam tahta Liga Perdana.

Rafael Benitez meninggalkan Merseyside dan Roy Hodgson masuk untuk mengantikan jawatan yang ditinggalkan oleh Rafa. Musim 2010-2011 bermula dengan agak goyah dimana Liverpool hampir terjelumus ke zon penyingkiran.


--Hatrik semasa menentang Hat- Trick Napoli pada 4 Nov 2010--

Dan pada aksi menentang Napoli di Liga Europa, Gerrard menjaring Hatrik , selepas perlawanan menentang United di Anfield musim lepas, Gerrard tidak diturun kerana masalah kecederaan dan menyebabkan beliau terpaksa berehat panjang dan musim 2011-2012 bermula beliau masih lagi belum beraksi di bawah kendalian Kenny Daglish. dan pada musim ini setalah melihat aksi beliau tampil dalam temph 6 bulan berehat, pastinya kita ingin melihat jaringan jarak jauh beliau yang kini dirindui oleh semua peminat Liverpool Fc di serata dunia...



comment 1 comments:

sazali salihuddin on September 30, 2011 at 10:20 AM said...

harap gerrard dapat balik sentuhan yang bisa......iaitu long shot....
rindu giler dia shot.........

Post a Comment

 
© LIVERPOOL selaMAnYa | Design by Blog template in collaboration with Concert Tickets, and Menopause symptoms
Powered by Blogger