Pak cik Lee nak tinggalkan kita semua



Menurut berita yang kini semakin banyak disebutkan bahawa kini, assistant manager, yang selalu kita lihat bersama kenny dan Steve Clarke iaitu Sammy Lee berkemungkinan akan meninggalkan pasukan kesayangan kita ini kerana menurut sumber yang menyatakan bahawa kini Kenny tidak memerlukan lagi khimat beliau.

Namun berita ini bukan lah, satu berita rasmi dan perkara ini hanya masih dalam takuk spekulasi dan sememangnya perkara ini tidak boleh dipercayai 100%. Jika mengikutkan sejarah Sammy Lee juga dikenali sebagai pemain Liverpool pada era zaman kegemilangan beliau dan Lee menghabiskan sedekad sebagai pemain Liverpool sebelum kembali sebagai jurulatih pada tahun 1993. Selepas itu beliau telah dilantik sebagai penolong pengurus oleh Rafael Benitez pada 2008 selepas musim di Bolton.


comment 0 comments:

Post a Comment

 
© LIVERPOOL selaMAnYa | Design by Blog template in collaboration with Concert Tickets, and Menopause symptoms
Powered by Blogger