Spekulasi perpindahan: Antara positif dan negatif

Pada hari ini disini saya (penulis) akan merangkumkan serba sedikit perkembangan berkenaan spekulasi perpindahan yang mempunyai kaitan dengan Liverpoolfc.



1) Menurut sumber yang dipetik dari team talk.com yang menyatakan bahawa kini pengurusan Benfica yang diketuai oleh Luis Filipe Vieira, menyatakan bahawa Fabio Coentrao hanya akan meninggalkan Benfica £26 juta. Kini pasukan kita sedang menghadapi saingan dari Manchester Citydan Real Madrid untuk mendapatkan pemain yang serba boleh ini. ini mungkin menyukarkan hasrat kita untuk melihat beliau bermain di Liverpool musim depan.


2) Sumber dari goal.com menyatakan bahawa Sylvain Marveaux, menyatakan bahawa kini dengan secara terang bahawa dia tidak menolak kemungkinan bahawa akan bermain di Liga Perdana England musim depan. Hal ini merupakan satu berita gembira bahawa kini hajat kenny untuk membawa masuk pemain ini kedalam squad Liverpool musim hadapan.



3) Sumber dari web Liverpoolfc mengenai spekulasi perpindahan. Bahawa kini Sergio Aguero sudah menyatakan pendiriannya bahawa dia akan kekal bermain di Liga Sepanyol, dan tambah lagi beliau (Aguero) tidak menolak kemungkinan akan menyertai Real dibawah kendalian Jose Mourinho. Namun kepastian berita ini tidak lagi dapat dipastikan kebenarannya.

comment 2 comments:

Unknown on May 30, 2011 at 1:21 AM said...

liverpool nk aguero ke??kalau dpt ngog blh ucapkan selamt tinggal..

suarez07 said...

kalau aku jadi kenny 1st aku bawak masuk ashley young atau aaron lennon kasi letak bahagian sayap. kedua dua player ni mmg aku suka sbb larian pantas mcm lipas kudung.

Post a Comment

 
© LIVERPOOL selaMAnYa | Design by Blog template in collaboration with Concert Tickets, and Menopause symptoms
Powered by Blogger