Perjuangan masih belum tamat.



Dengan kekalahan yang agak memedihkan utuk kita semua akui pada malam selama semasa pasukan kita tewas kepada Spurs dengan keputusan 0-2 kepada pasukan pelawat, telah menyebabkan kedudukan di tangga ke lima dalam tahta liga perdana kini telahbertukar tangan.
Dengan kini hanya dibezakan hanya 1 mata, nampaknya perjungan masih lagi mampu dilakukan oleh Kenny dan semua pemain Liverpool, dengan pada minggu hadapan kita akan berkunjung ke Villa Park menentang pasukan yang kini juga dikendali oleh Gérard Houllier manakala persaing utama kita spurs akan melayan kunjungan Birmingham City di gelanggang mereka.

Dan pada yang boleh saya (penulis) perjelaskan disini, keputusan pada perlawanan terakhir ini adalah penentu kepada siapa yang akan layak ke Liga europa musim depan. Samada layak ke Liga Europa atau tidak saya (penulis) tetap menerima keputusan ini. Kerana musim depan adalah permulaan buku baru untuk Liverpool dan layak bermain di Liga europa adalah satu bonos sahaja kerana musim depan jika kita Liverpool tidak layak bermain di Liga Europa pastinya akan memberikan sedikit kelebihan kepada pasukan untuk menumpukan kepada kejohanan domestik sahaja, serta sekaligus mencerahkan peluang untuk mengundol piala di liga domestik serta yang paling penting melayakkan diri ke Liga juara-juara untuk musim seterusnya nya.

Kerana musim depan adalah permulaan yang baru dan cerah untuk kita semua, dan apa yang penting kelab, pihak pengurusan dan semua pemain terus bersatu untuk menaikkan nama kelab kembali di persada bola sepak eropah setelah kita semua mengharugi hari-hari gelap dalam tempoh 15 bulan kebelakangan ini. Teruskan percaya kepada kelab ... sekian YNWA.......

comment 2 comments:

jilah said...

YNWA! Aku memang percaya kat kelab. Kekalahan kat Spurs tu memang perit (But honestly, aku memang 'angin' kat si Howard Webb tu...)And whatever happen, kita ke Europa ke tak, mmm...wait & see..Korang perasan tak kata2 King Kenny pd 12/5/11 "It would be nice to win it. I think that, without saying we're not going to win, if the players don't get credit for what they've done so far - irrespective of what the next two results are going to be - then I think there is something wrong" Aku cam rase King Kenny pun x kisah sgt tak dpt ke europa, maybe dia punya aim yg UTAMA nak menang trofi liga EPL tu. Apa2 pun aku memang respect giler kat King Kenny.Tang kalah pd Spurs pun, dia tak bising2 pun marah kat si Howard Webb (biarpun terang lg bersuluh Howard Webb is so bias),King Kenny still admit yg REDS silap tak buat gol dulu. Ingat match antara Man U vs Chelsea (1/3/11), Chelsea menang 2-1 (gol penalti),si Fergie mengamuk tak tentu pasai tu..Hail King Kenny, YNWA!

Nazirul Mubin on May 21, 2011 at 1:23 AM said...

aku mmg give full support kat King Kenny. Pengurus yang tak bnyk karenah. Walaupun Howard Webb mmg bersalah tp beliau tak melenting cm Fergie. Dah lepas biarlah.. Yang aku suka tentang Liverpool, penyokong mcm satu famili, kita rse sakit ati dan saksikan Liverpool jatuh dn bangkit bersama2.. tak mcm Man U fan yg sentiasa mengejar kekuasaan dn bergembira. Man U fan belum diuji seperti kita.
PERCAYALAH.. kita smbut kmenangan LFC bersama2..
dan jgn lupa bahwa LFC fan is not same as MU fan..
Kita sambut cara kita nanti...

Post a Comment

 
© LIVERPOOL selaMAnYa | Design by Blog template in collaboration with Concert Tickets, and Menopause symptoms
Powered by Blogger