Standard Chartered mahukan pemain asia



Pada hari seperti yang dihebahkan pada laman web clickliverpool.com penaja utama kelab kesayangan kita iaitu Standard Chartered, memberi tahu bahawa mereka mahu pihak pengurusan The Reds membuat semakan semula dan mencari pemain yang berasal dari asia untuk menyertai Liverpool musim depan.

Walaupun pada dasarnya berita ini bukan berita yang boleh diakui kebenarnya, saya (penulis) disini ingin memaklumkan pada rakan-rakan bahawa jika perkara ini benar. Secara tidak langsung akan memberi ruang dan peluang kepada kelab kesayangan kita membawa masuk pemain daripada asia.

Perkara ini juga, membolehkan pemain berpotensi seperti Keisuke Honda yang merupakan pemain kebangsaan negara matahari terbit yang kini sedang bermain di kelab yang berpengkalan Rusia iaitu CSKA Moscow.

Hal ini kerana, sebelum ini pemain yang kebiasaanya bermain di posisi Attacking midfielder ini, juga pernah dikaitkan dengan spekulasi perpindahan ke Liverpool. Jujurnya pada pendapat saya(penulis), hal ini merupakan satu berita baik kepada para pemain asia yang mempunyai prestasi cermelang dalam peringkat kelab mahupun antarabangsa untuk menyertai squad Liverpool musim depan.

Taraf kualiti pemain asia kini juga bukan boleh diperkecilkan lagi, kini pasukan asia juga terdapat pemain yang berkualiti dan saya yakin jika hal ini benar berlaku pastinya ini akan memberikan sejarah baru kepada kelab, seperti yang diperlihatkan oleh Park Ji-Sung bersama United, dan dia mampu membuktikan pemain kelahiran asia mampu bersaing dalam Liga Perdana.

Dan juga menurut berita terbaru yang dipetik daripada sumber koptalk.co.uk yang menyatakan kini, kelab kesayangan kita juga dalam proses menilai dan memilih samada mahu mengekalkan Kenny Daglish ataupun mengantikan beliau dengan pengurus lain untuk menerajui kelab pada musim depan.

anda mungkin berminat dengan entri ini.....
Fernando Torres badi atau sumpahan
Kenny Daglish atau Jose Mourinho

comment 1 comments:

Anonymous said...

safee sali je amek jadi striker. hahahaha~

Post a Comment

 
© LIVERPOOL selaMAnYa | Design by Blog template in collaboration with Concert Tickets, and Menopause symptoms
Powered by Blogger