kisah Lucas, Gerrard dan Roy Hodgson



Salam dan selamat sejahtera. Rasanya tidak terlambat saya sampaikan berita gembira ini kepada anda semua, mungkin boleh dikatakan sebahagian besar daripada anda semua sudah mengetahui berita ini daripada laman sosial Facebook dan web rasmi Liverpoolfc.tv.

Seperti yang dilaporkan dalam web rasmi Liverpoolfc.tv yang menyatakan pemain kebangsaan Barzil yang bernaung di bahaw kendalian pengurus kesayangan kita Kenny Daglish, iaitu Lucas Leiva telah mendapat kesepakatan baru, dimana pihak pengurusan Kelab telah mengambil tindakan bijak untuk menyambung kontrak beliau. Hal ini secara jelas menunjukkan segala keringat yang diperlihatkan oleh beliau sejak pemergian Javier Mascherano pada awal musim ini, dan sekaligus menyebabkan dia Lucas menjadi pemain regular di squad Liverpool.

Dengan prestasi yang boleh dikatakan sebagai konsisten dan membanggakan, pada pendapat saya Lucas patut dan layak untuk menyambung kontrak baru di Liverpool. Pada masa yang sama juga saya ingin mengucapkan tahniah kepadanya kerana telah bergelar seorang bapa di mana sebelum perlawanan menentang sunderland dua minggu lepas isterinya telah melahirkan anak mereka yang diberi nama “Pedro Lucas”.


"Sekali lagi kita akan melihat trio ini akan bergandingkan semasa menentang pak cik Roy"

Disamping itu juga, LFCTV juga turut melaporkan bahawa kapten fantastik kita, Steven Gerrard telah kembali turun dalam sesi latihan dan dilaporkan dia berkemungkinan tinggi akan diturunkan dalam perlawanan reunion menentang West Brom, dimana kita akan bertemu kembali bekas pengurus kita sebelum ini Roy Hodgson.

Dengan kembalinya kapten kita, dan juga prestasi Dirk Kuyt dan Andy Carroll yang menunjukkan prestasi membanggakan di peringkat saingan antarabangsa dalam dua minggu kebelakangan ini, saya (penulis) yakin dan pasti kemenangan pasti menanti kita semasa aksi di The Hawthorns (gelanggang West Brom) serta mendekatkan ruang jarak mata dengan spurs dan The blues demi memastikan slot terakhir ke Liga Juara-juara musim depan cerah menantikan kita Liverpool.


" all this is history"

Pada masa yang sama juga, terdapat berita gembira yang telah diperjelaskan oleh Managing Director Ian Ayre bahawa, kini pengurusan kelab yakin bahawa pelan perancangan untuk membina stadium baru untuk Liverpool sedang dalam perancangan dan tambah, Ian Ayre menyatakan bahawa pengurusan kelab tidak menolak kemungkinan bahawa untuk membina stadium baru di Stanley Park. Bagi saya penulis berita ini juga merupakan salah satu berita yang paling gembira yang boleh kita ketahui setakat ini. YNWA......

sumber penulisan : Liverpoolfc.tv

comment 0 comments:

Post a Comment

 
© LIVERPOOL selaMAnYa | Design by Blog template in collaboration with Concert Tickets, and Menopause symptoms
Powered by Blogger