Off topik: "Detiknya pasti akan tiba"


Salam dan selamat sejahtera.

Dengan hari ini, begitu banyak perlawanan yang boleh dikatakan sebagai perlawanan wajib tonton apabila, di persaingan liga di kancah bola sepak England dimana Man City bertemu dengan Man United-perlawanan di menangi oleh Man City dengan jaringan dari Y. Touré. Selepas itu pula kita menyaksikan perlawanan dari seberang iaitu perlawanan yang biasanya dikenali sebagai El Clásico-pertemuan Antara Real bertemu dengan Barca- pada perlawanan ini, saya(penulis) tidak ketinggalan juga menyaksikan perlawanan ini –dengan bertemankan rakan-rakan saya(penulis).

Walaupun perlawanan ini berakhir dengan kedudukan seri jaringan 1-1 yang dihasilkan oleh Lionel Messi dan Cristiano Ronaldo. Tetapi secara keseluruhan perlawanan ini boleh diibaratkan perlawanan milik Catalan @Barca-dengan kawalan padang, hantaran pendek / dan kemahiran hold bola yang sangat tinggi telah dipamerkan oleh Pep Guardiola.

Selepas berakhirnya perlawanan ini, saya berkata kepada rakan saya,” bilakah kelab kesayangan aku(penulis) ini nak jadi macam Barca ini??”- jawap rakan saya- tunggu sampai ko ade cucu lah baru boleh hahahahhaha(semua gelakkan saya).

Sebenarnya bukan perkara ini yang ingin saya cerita pada entri kali ini, sebenarnya pada masa yang sama terdetik dalam hati saya bahawa masanya akan tiba kembali dimana kelab kesayangan kita ini akan kembali menyinar kembali, Cuma yang kita semua tidak boleh jangkakan bila masa nya akan berlaku.

Dan sini saya(penulis), yakin dan pasti bahawa masanya akan tiba jua. Dengan kini Kenny Daglish kembali memimpin kelab ditambah juga dengan keberaniannya untuk membangunkan bakat-bakat muda daripada akademi – serta hasrat pemilik kelab yang nampak semakin hari semakin menunjukkan komitmennya terhadap pembangunan kelab. Saya pasti masanya kembali semua dimana Liverpool sekali lagi akan menjadi kelab yang disegani dan dihormati di seluruh dunia.walaupun terpaksa 10 tahun lagi saya(penulis) akan menunggu kedatangan detik itu, dimana Kita penyokong Liverpool Fc akan sentiasa tersenyu, riang dan bersatu bersorak untuk pasukan kita tidak kira dimana pun kita berada.

Sekian dari saya penulis..... YNWA.... “Liverpool will always in my heart forever and ever”......



comment 2 comments:

Filippo on April 17, 2011 at 2:36 PM said...

Info hangat arsenal vs liverpool!!!!! <-- klik

jilah said...

yeah ..i BELIEVE...under King Kenny, aku rase tak lama dah REDS akan jadi cam Barca tu...tgklah...pemain2 pelapis dari akademi REDS cukup bagus, cth Martin kelly...pastu yg terbaru John Flanagan...tu belum lagi si Raheem Sterling ke Suso ke Silva ke etc...(penat aku nak tulis semua) main...
cam lagu YNWA tu.. "at the end of the storm, is a golden sky" after beginning of the season,REDS main dgn begitu hampeh..la ni aku rase WE GONNA BE NO 1 AGAIN! YNWA!
(ps: although aku risau gak...REDS main dgn team besar confirm menang tapi bila main dgn team Kecik...mmmmm)

Post a Comment

 
© LIVERPOOL selaMAnYa | Design by Blog template in collaboration with Concert Tickets, and Menopause symptoms
Powered by Blogger