Kuyt sambung kontrak sehingga 2013


--Kenangan jaringan hatrik beliau semasa menentang Man U--

Dalam persiapan untuk perlawanan menentang Arsenal pada ahad ini, sekali lagi selepas berita dimana Lucas telah menambah kontrak untuk diri di Liverpool, dan kali ini berita yang semakin nampak semakin pasti dan benar Kuyt pula dikhabarkan akan menambah kontrak lanjutan di Liverpool berkemungkinan selama satu tahun. Dengan tambahan ini secara tidak langsung membuatkan penjaring terbanyak pasukan kita ini dengan 11 gol untuk musim ini akan kekal di Anfield sehingga 2013.


--Kuyt bersama jersey baru musim depan--

Sejak Kenny Daglish mengambil alih pasukan, Kuyt merupakan salah seorang pemain yang konsisiten persembahannya, dan pada pendapat saya(penulis) beliau sememangnya layak diberikan kontrak lanjutan ini.


-sesi sign kontrak baru . from twitter--

Diharapkan kepada Kuyt akan terus sukses dan terus maju di Liverpool kelak, dan menunjukkan bahawa dia merupakan salah seorang pemain yang berkualiti dan tidak salah saya katakan kini dia(kuyt) merupakan pemain penting di Liverpool sejak perginya Torres dari pasukan.

Sumber dapatan berita: skysport

anda mungkin minat terhadap entri ini: MATCH Preview: Arsenal vs Liverpool


comment 1 comments:

Wan Gerrard on April 16, 2011 at 11:53 PM said...

bagus, beliau sangat layak :)

Post a Comment

 
© LIVERPOOL selaMAnYa | Design by Blog template in collaboration with Concert Tickets, and Menopause symptoms
Powered by Blogger