MATCH Preview: West Bromwich vs Liverpool



2 April 2011 (Sabtu)
9.55 malam
Astro ESPN (812)

Seperti yang kita semua sudah mengetahui, pada malam esok bertempat di stadium The Hawthorns, pasukan kita akan turun menentang pasukan yang kini dikendalikan oleh Roy Hodgson yang merupakan bekas pengurus pasukan kita sebelum beliau digantikan dengan Kenny Daglish.


--Adakah Gerrard akan diturunkan??--

Mungkin banyak akbar, dan web banyak melaporkan perlawanan ini sebagai perlawanan untuk membuktikan siapa yang terbaik diantara kedua pengurus ini. Namun jujur pada pendapat say (penulis), perlawanan ini bukanlah perlawanan yang menentukan siapa yang terbaik antara Roy dan Daglish, namun perlawanan ini boleh diperkatakan perlawanan pertemuan semula anatara dua individu tersebut.


---Barisan tonggak The Reds--

Setelah hampir dua minggu aksi perlawanan Liga perdana terhenti untuk memberikan laluan kepada kempen kelayakkan Euro dan perlawanan persahabatan di peringkat antarabangsa. Kehadiran perlawanan ini boleh juga dilabelkan sebagai perlawanan melepas rindu bagi kita semua penyokong Liverpool yang sudah pastinya merindui untuk melihat gandingan penyerang utama kita iaiatu Andy Carroll dan Luis Suarez.

Dipetik dari sumber yang dilaporkan kepten kesayangan kita kini sudah kembali turun menjalani latihan di Melwood. Dan juga pengurus kitaiaitu Kenny Daglish memberikan komen, bahawa beliau masih belum lagi bersedia untuk menurunkan Gerrard kerana risiko kecederaan yang dialami oleh Gerrard berulang kembali.


--Lucas, suarez dan Carroll pasti bersemangat untuk perlawanan kali ini--

Dengan aksi menarik yang dipamerkan oleh Carroll dan Kuyt semasa aksi antarabangsa, pasti kita mahukan kedua pemain ini memberikan sumbangan gol pada perlawanan ini, perlawanan ini boleh di labelkan sebagai perlawanan penting kepada Kelab dan Squad kendaian Kenny kerana kini jika melihat tangga Liga, 4 mata di belakang Tottenham yang berada di tempat ke lima. Jika menang dalam perlawanan ini pastinya perluang semakin luas buat squad untuk terus mengejar dari belakang dalam perebutan slot ke liga Juara-juara ataupun Liga Europa musim depan.

Diharapkan pemain akan beraksi dengan cermelang dalam perlawanan ini, dan berjaya membawa tiga mata berharga untuk mengukuhkan kedudukan di dalam tangga liga. YNWA.


Barisan Pilihan : Reina, Skrtel, Agger, Carragher, Glen Johnson, Jay Spearing, Lucas, Meireles, Kuyt, Suarez, Carroll

comment 3 comments:

Wan Gerrard on April 2, 2011 at 3:45 AM said...

West Bromich kendalian Roy Hodgson boleh tahan gak~

Tengku Firmino on April 2, 2011 at 7:34 PM said...

alamak salah eja..tapi tak per..bersemangat samapi tersalah eja...Liverpool to WIN 2-0...3 mata penuh kompem laaa!!!

Anonymous said...

grrrrr...ni la pnyakit liverpool...mng lwn team besa...tpi kala ngan west ham ngan west brom...sdih gile...bile spurs kciciran mata...waktu tu jugaklah ko kalah...serious..bek greek tu mmg lembik gila...aritu dah la punca penalti mse game eropah...mlm ni dia bagi dua gitu...xpasal2 aku kena kutuk balik ngan fan syaiton..chist..

Post a Comment

 
© LIVERPOOL selaMAnYa | Design by Blog template in collaboration with Concert Tickets, and Menopause symptoms
Powered by Blogger