Setelah hampir satu minggu berehat, bergembira dengan kejayaan cermelang pada perlawanan sebelum ini semasa menewaskan Manchester City di Anfield minggu lepas, pastinya pada aksi perlawanan menentang pasukan yang kini berada pada kedua dalam tahta Liga Perdana pastinya Kenny Daglish akan membuat perubahan dengan mengunakan kepakarannya untuk memastikan pasukan kesayangan kita semua menang pada pertembungan kali ini yang bakal berlangsung di Emirates Stadium.
Dengan perlawanan sebelum ini kedua pasukan sedang berada pada prestasi terbaik, pastinya perlawanan kali ini akan menjadi perlawanan tumpuan dan perlawanan yang berjalan pada malam ahad ini akan menjadi perlawanan yang sengit. Jika melihatlkan pada rekod terdahulu, The Reds mempunyai rekod yang agak buruk semasa beraksi menentang squad kendalian Arsène Wenger di gelanggang home mereka. Namun segalanya ini hanya statistik yang boleh dilihatkan dalam andaian di atas kertas sahaja. Apa yang penting kepada Liverpool adalah perlu menanang dalam perlawanan kali ini, dan saya yakin dengan kehadiran Kenny Daglish dan kepercayaan kita semua kepada beliau saya(penulis) yakin pasukan kita akan menang dalam perlawanan kali ini.
Dengan krisis kecederaan masih lagi akan menjadi perkara yang utama yang akan dipikirkan oleh Kenny Daglish pastinya kali ini, berkemungkinan kita akan melihat pemain muda dengan bakat besar John Flanagan akan digunakan sekali lagi. Manakala di penglihatan di kem Arsenal, mereka mungkin akan boleh menurunkan barisan terkuat mereka dengan kembalinya Fàbregas dalam squad semasa menentang Blackpool dan juga kembalinya bekas penjaga gol terbaik mereka J. Lehmann pastinya kita akan melihat perlawanan yang menarik kali ini. Sekian YNWA.
Barisan pemain pilihan penulis: Reina, Flanagan, Carragher, Skrtel, Aurelio, Lucas, Spearing, Meireles, Kuyt, Suarez, Carroll

1 comments:
kesebelasan yang sama seperti menentang man city..tak sabar :P
Post a Comment