Kisah Fabio Aurelio dan Pepe Reina


-- Aurelio tampil sebanyak 84 penampilan dan terkenal dengan sepakan percumanya yg merbahaya--

Menurut laman web yang boleh diibaratkan otai dalam bidang penyampaian berita mengenai Liverpool iaitu kopsource.com menyatakan bahawa kini, pertahanan kiri reds- Fabio Aurelio menunjukkan perkembangan proses penyembuhan dengan kadar yang pantas bagi mengejar tempat dalam barisan pemain sebelum tamatnya musim ini.

Pada pendapat saya(penulis).....

Dengan prestasi semasa yang diperlihatkan oleh kedua anak muda kelahiran dari akademi Liverpool iaitu John Flanagan dan Jack Robinson yang semakin hari semakin menunjukkan kematangan mereka semasa dua perlawanan sebelum ini, secara tidak langsung meringankan sedikit beban yang dipikul oleh Carragher dan Martin Sktel yang berfungsi sebagai benteng terakhir sebelum pihak lawan berdepan dengan Pepe Reina.

Aurelio yang mengalami kecederaan pada perlawanan sebelum ini semasa Liverpool berkunjung ke Emirates Stadium menentang Arsenal dua minggu yang lepas, kini semakin menunjukkan pemulihan positif dan menurut pemain kelahiran Brazil ini

“saya kini optimis akan kembali beraksi untuk The Reds sebelum tamatnya musim ini”

Manakala mengenai penjaga gol kesayangan kita semua- Pepe Reina, dipetik dari laman web espnstar.com memberikan jaminan pertamanya sebelum tamatnya musim ini, dan memberikan komitmen dan janjinya bahawa dia kini semakin gembira dengan kehidupan di Liverpool dan sekaligus menutup terus spekulasi mengenai beliau yang khabarnya ingin berpindah ke Manchester Utd pada musim perpindahan akan datang.


--Sejak dari tahun 2005, Reina sudah membuat 215 penampilan dalam liga di Liverpool--

Reina yang mula menyertai Liverpool pada tahun 2005, kini semakin mendapat perhatian kelab-kelab besar lain untuk terus memujuknya berpindah dari Anfield, dan selain Manchester Utd, beliau juga pernah dikaitkan dengan perpindahan ke Arsenal juga.

Pada pendapat saya (penulis) mengenai kedudukan Reina ini.......

Dengan mengakuan dari ikhlas dari Reina kini, kita peminat Liverpool boleh menarik lafas lega, kerana pasukan kesayangan kita ini tidak mempu lagi menerima tekanan apabila kehilangan lagi seorang pemain berbakat besar dari kelab kita ini. Seperti yang berlaku pada musim perpindahan januari apabila kita semua dikejutkan dengan permintaan rasmi sendiri daripada torres yang berpindah ke Chelsea.

Sekian YNWA.


Free kick dari Aurelio semasa menentang Chelsea dan Man U... enjoy ye!!!

VS Chelsea


VS Man U



saksikan persembahan reina ...





comment 1 comments:

RABUN on April 29, 2011 at 3:27 AM said...

rasanya Aurelio seorang pemain yang bagus...beza dengan pemain muda Liverpool yang lain ialah Aurelio boleh melakukan serangan dan menjaringkan gol...

Tapi buat masa sekarang ada baiknya dia lakukan kerja kerja mudah jer sebagai back up bek kiri atau sayap kiri, memandangkan dia sering tercedera

berkenaan ngan reina, harap harap dia mengotakan kata katanya...Torres juga pernah beri statement yang sama dulu...apa pon harap harap reina terus stay dan kita lihat perkembangan untuk musim depan

Post a Comment

 
© LIVERPOOL selaMAnYa | Design by Blog template in collaboration with Concert Tickets, and Menopause symptoms
Powered by Blogger