HARUS BACA: Sejarah Hillsborough disaster dan Heysel Stadium disaster









Salam dan selamat sejahtera. Pada hari ini bertarikh 15 April 2011, jika pada waktu dan hari yang sama bertempat di Liverpool, pastinya keadaan berada dalam keadaan suram kerana pada waktu ini dan tarikh ini pada 22 tahun lepas, telah berlaku kejadian yang benar- benar tragis dalam sejarah bola sepak Liverpool dan juga boleh dikatakan sebagai kejadian pengajaran kepada seluruh peminat bola sepak di England.

Sebenarnya saya (penulis) sudah lama ingin menulis entri berkaitan kejadian bencana Hillsborough Stadium ini. Sempena ulang tahun kejadian bencana ini, saya (penulis) ingin menulis dan menceritakan kepada anda semua mengenai sejarah rentetan bagaimana kejadian ini berlaku dan apakah kebenaran disebalik kejadian ini yang telah mengorbankan 96 orang dan ratusan yang cedera dalam kejadian ini.

Memahami kejadian ini adalah penting, kerana sebagai penyokong kelab kesayangan kita, adalah perlu untuk kita mengetahui kejadian ini supaya kita lebih tahu berkenaan sejarah kelab kesayangan kita ini.

Ceritanya bermula tarikh 15 April 1989 di stadium Hillsborough, yang pada ketika itu merupakan gelanggang rasmi bagi pasukan yang dikenali sebagai Sheffield Wednesday FC yang bertempat di Sheffield, United Kingdom. Pada waktu ini, berlakunya pertemuan antara Liverpool Fc menentang Nottingham Forest, dalam perlawanan separuh akhir Piala FA.

Untuk mengetahui dengan lanjut dan untuk mendalimi kejadian ini, adalah lebih baik saya menerangkan kejadian yang bernama Heysel disaster yang berlaku pada 29 May 1985. Iaitu kejadian ini berlaku pada 4 tahun sebelum kejadian bencana Hillsborough berlaku. Pada waktu ini, berlaku pertemuan antara Liverpool menentang Juventus dalam kempen perlawanan final piala “1985 European Cup Final” yang berlangsung di stadium Brussels Belgium.

Pada perlawanan itu, dengan pada tahun sebelumnya pasukan kesayangan kita telah memenangi UEFA Champions League yang kini biasa dipanggil oleh kita penyokong di malaysia adalah “ liga Juara-juara”. Dengan azam yang sangat kuat dan sangat kental pasukan kita mahu meneruskan kejayaan dengan menang kejayaan berturut-turut pada tahun 1985 pula. Dimana pada final liga juara-juara pada tahun 1984, Liverpool menewaskan A.S Roma dengan penentuan sepakkan penalti apabila perlawanan berakhir dengan seri 1-1 dimana pada ketika itu Phil Neal menjaringkan gol tunggal untuk Liverpool dan Roberto Pruzzo untuk A.S Roma.


--hillsborough disaster memorial--

Namun segalanya hanya tinggal kenangan dan kenangan pahit yang menjadi kenangan hitam kepada seluruh penyokong Liverpool pada ketika itu untuk melihat pasukan kesayangan mereka menang perlawanan ini. Disebabkan oleh bencana Heysel disaster ini. Dengan beberapa jam sebelum sepak mula perlawanan ini bermula, seluruh pasukan telah dikejutkan dengan peletakan jawatan pengurus Liverpool pada ketika itu iaitu Joe Fagan, dan pada masa yang sama bermula lah keriar Kenny Daglish sebagai pemain dan pada masa yang sama menjadi pengurus kepada Liverpool pada ketika itu.

Perlawanan akhir yang berlangsung di Heysel stadium, yang pada ketika itu boleh memuatkan sebanyak 50,000 orang penyokong. Menurut sumber yang boleh dipercayai pada ketika itu jumlah keseluruhan penyokong kedua pasukan yang datang adalah sekitar 60,000 orang, dan seperti yang telah saya nyatakan tadi jumlah keseluruhan penyokong yang boleh muat di stadium adalah 50,000 sahaja. Ini secara tidak langsung membuatkan berlaku lebihan sebanyak 10,000 orang penyokong.

Persoalannya disini bagaimana kejadian Heysel disaster ini oleh berlaku. Cerita nya bermula begini....

Sejarah kejadian Heysel disaster pada 29 May 1985.....

Sudah menjadi kebiasaan kepada perlawanan akhir, kebiasannya bahagaian stadium akan dibahagi kepada dua bahagian untuk memisahkan antara kedua penyokong pasukan.pada waktu ini penyokong Liverpool duduk di pintu X,Y dan Z manakala Juventus di pintu M,N, dan O.Dan pada satu lagi seksyen pintu Z - adalah tempat duduk untuk penyokong neutral.Tetapi disebabkan oleh kerana penduduk Brussels ramai imigran Itali @pendatang tanpa izin ,maka dengan itu bahagian yang pada mulanya untuk penontong dan penyokong yang neutral disitu dipenuhkan dengan penyokong Juventus.

Dengan pada perlawanan akhir pada tahun sebelum itu, menyaksikan Liverpool menewaskan A.S Roma, maka boleh dikatakan semua penyokong itali pada ketika perlawanan ini berlangsung ingin melihat pasukan dari itali menang dalam perlawanan akhir kali ini, kerana takut maruah mereka tercemar dan tercalar.

Disebabkan hal ini, berlaku kejadian dimana penyokong Juventus a.k.a pnyokong itali pada masa yang sama, telah melakukan kekacauan dan kekalutan di dalam stadium. Dipetik dari laman web tehtarikgelasbesar.blogspot.com dan juga daripada rujukan dari sumber-sumber yang boleh dipercayai. Pada ketika itu.....

Penyokong yang berpihak kepada Juventus, memulakan tindakan ganas seperti membaling botol bir dan batu-batu ke arah penyokong Liverpool. Disebabkan tindakan dari penyokong Juventus ini juga lah, penyokong Liverpool pada ketika itu, semakin naik angin dan penyokong Liverpool bertindak balas menyerang penyokong Juventus.Apabila semua penyokong Liverpool bangun dan menyerang kembali penyokong Juventus maka suasana panik berlaku.Mereka berlari ke arah hujung stadium. Disebabkan berkemungkinan terlalu ramai penyokong di bahagian tersebut. Dan berkemungkinan terlalu berat, maka runtuhan pada struktur binaan stadium runtuh.

Disebabkan kejadian ini telah menyebabkan 39 orang penyokong terkorban dan 32 daripadanya terdiri daripada penyokong Juventus serta hampir 600 orang mengalami kecederaan. Dalam perlawanan akhir ini juga menyaksikan dimana, Liverpool telah tewas kepada Juventus dengan jaringan 1-0. Dimana jaringan tunggal itu dijaringkan oleh Michel Platini pada minit ke 59 perlawanan. Kini Michel Platini merupakan Presiden UEFA, dan juga salah seorang lagenda di pasukan kebangsaan Perancis dengan jumlah jaringan peringkat antarabangsa sebanyak 41 gol dalam 71 penampilan.

Impak berlakunya bencana Heysel Stadium disaster, seluruh kelab England telah diban selama 5 tahun dengan Liverpool tambahan 1 lagi tahun kepada Liverpool FC. Disebabkan hal ini juga lah banyak perkara berlaku, dan pada tahun 1985 ini juga adalah kali terakhir Liverpool masuk ke Liga juara-juara sebelum ke istanbul pada tahun 2005, dimana berlaku kejaiban dalam bola sepak eropah dimana Liverpool kembali mengejar Ac Milan yang juga pasukan dari Itali, apabila pada separuh masa pertama Liverpool ketinggalan dengan jaringan 0-3 kepada a.c milan, diikuti pada separuh masa kedua Liverpool bangkit dengan menjaringkan 3 gol dalam masa hanya 7 minit.

Berbalik kepada penceritaan utama berkenaan rentetan sejarah berlakunya Hillsborough disaster. Selepas empat tahun berlakunya bencana Heysel Stadium disaster, dengan pada masa yang sama Liverpool dalam proses ban untuk menyertai kejohanan di peringkat eropah. Dengan pada masa itu Liverpool dikendalikan oleh Kenny Daglish terus cemerlang dan gemilang dalam aksi dalam liga domestik. Dengan kejuaran berturut-turut menjadi juara Liga pada tahun “1985–86”,” 1987–88”, “1989–90” . Liverpool terus megah melebarkan sayap kejuaraan walaupun tidak boleh bermain di perlawanan liga peringkat eropah.

Diteruskan kejayaan demi kejayaan, Liverpool akhirnya telah ditakdirkan bertemu dengan Nottingham Forest, dalam perlawanan separuh akhir Piala FA pada tahun 1989. Perlawanan yang berlangsung pada tarikh hari (semasa entr inii ditulis) pada 15 April 1989. Mungkin anda semua agak terkejut mendengar nama pasukan ini” Nottingham Forest” merupakan pasukan antara yang terhebat pada era tahun 1980an. Dengan pada tahun sebelumnya iaitu pada tahun 1988 pada peringkat yang sama iaitu separuh akhir piala FA, Liverpool menentang Nottingham Forest yang menyaksikan Liverpool menewaskan pasukan ini dengan jaringan 2-1. Mungkin disebabkan dendam dari pasukan Nottingham Forest ini, maka secara tidak langsung menyebabkan semanagat untuk membalas dendam adalah sangat tinggi.

Pada tahun selepas itu, dengan Liverpool kembali menentang Nottingham Forest serta pada pelawanan separuh akhir kedua dimana Everton vs Norwich City, dimana menyaksikan Everton menewaskan Norwich City (pasukan yang kini Daniel Pacheco dipinjamkan sekarang) dengan jaringan 1-0.

Menurut daripada sumber yang boleh dipercayai ...

Jalan antara Merseyside nak ke Sheffield itu ada kerosakan,dan pada masa yang sama berlaku traffic jam yang teruk di jalan tersebut.Perlawanan terpaksa ditangguhkan beberapa jam,sedangkan sudah ada beribu lagi penyokong Liverpool sudah berada di persekitaran Stadium Hillsborough. Pada perlawanan itu menyaksikan penyokong Liverpool telah diberikan di seat di Lepping Lane yang boleh memuatkan 15,000 orang.Manakala penyokong pasukan Nottingham Forest FC pula diberikan seat Spion Kop yang berjumlah 21,000 orang. Hal ini telah menimbulkan sedikit kekeliruan dimana, pada lumrahnya penyokong Liverpool lebih ramai daripada penyokong Nottingham Forest FC, dan secara metematiknya perlulahnya penyokong Liverpool diberikan lebih seat di dalam stadium ataupun untuk lebih bersikap adil perlulah jumlah tempat duduk di dalam stadium dibahagikan sama banyak dan sama rata.



Dan selepas itu berlakulah tragedi yang amat buruk dan menyedihkan.Setibanya mereka yang ramai sudah berkumpul di luar stadium dengan pada masa yang sama penghadang pintu tiket tidak berfungsi, maka pihak polis mengarahkan agar pintu pagar di sebelahnya dibuka. Pada masa yang sama tolak menolak untuk memasuki stadium pun berlaku untuk merebut masuk ke dalam stadium.
Tolak menolak ini menyebabkan mereka yang tersangkut di pintu tiket yang rosak tertolak ke arah meraka yang berada di depan.Dan didepan mereka yang sedang berhimpit-himpit itu ada satu terowong kecil menuju ke Lepping Lane.Dan pada masa yang sama Lepping Lane yang sudah penuh dengan penyokong Liverpool serta ditambah lagi dengan tekanan tolak lagi dari peyokong dari luar, telah menyebabkan Kejadian itu menyebabkan mereka yang di depan tertolak ke pagar dan pagar itu runtuh, dan penyokong tehumpan dalam padang sekali dengan skruktur stadium yang runtuh.

Sungguh menyayat hati dan memang mengerikan, bayangkanlah dengan niat yang baik dan niat untuk menyaksikan pasukan kesayangan masing-masing beraksi dalam perlawanan, tidak disangka-sangka bertukar menjadi tradigi menyedihkan dan kini kejadian ini menjadi ingattan kepada seluruh penyokong Liverpool mahupun penyokong Nottingham Forest , bahkan juga kepada seluruh penyokong yang meminati sukan yang bernama bola sepak di England kini.

Kejadian ini menyaksikan, perlawanan ini, ditanguhkan dan berlangsung pada tarikh baru pada 7 mei 1989 bertempat di Old Trafford, Manchester yang menyaksikan Liverpool menewaskan Nottingham Forest Fc dengan jaringan 3-1. Dan pada perlawanan akhir Liverpool menentang pasukan jiran kita iaitu Everton di Wembley Stadium, London- meyaksikan Liverpool menewaskan Everton dengan jaringan 3-2- Ian Rush menjadi wira Liverpool apabila menjaringakan gol kemenangan pada masa tambahan- dalam perlawanan 3 jaringan Liverpool dijaringakan oleh (Aldridge minit ke 4/ Rush minit ke 95 dan 104).

Disini saya (penulis) akan menyatakan sedikit kebenaran bagaimana boleh berlakunya budaya boikot The Sun dalam kalangan penduduk Liverpool. Dan rasanya anda semua pun dah tak larat nak baca entri yang yang terlalu panjang . oleh itu akan saya lakukan dalam bentuk penjelasan dalam bentuk video yang dipetik dari You tube. Hope kawan-kawan sudah memahami segala penjelasan yang panjang lebar dari saya, semoga semanagat untuk menyokong Liverpool akan semakin menebal dalam diri kawan-kawan semua . YNWA......

UNTUK LEBIH PAHAM MENGENAI BENCANA INI...
---------->>>> KLIK SINI








Sumber rujukan:
Wikipedia:

Hillsborough_disaster
Stadium_disaster
tehtarikgelasbesar.blogspot.com
dontbuythesun.co.uk
anfieldroad.com

PS: from penulis jika ada kesalahan ejaan dan kesalahan fakta sila betulkan saya.



comment 1 comments:

RABUN on April 16, 2011 at 11:42 AM said...

infomasi yang jitu...cayalah bro

Post a Comment

 
© LIVERPOOL selaMAnYa | Design by Blog template in collaboration with Concert Tickets, and Menopause symptoms
Powered by Blogger