3 individu kononnya pasti akan sertai Liverpool

Secara jujurnya, berita yang bakal saya (penulis) laporkan ini sememangnya akan mengejutkan banyak pihak kerana apa yang dilaporkan ini adalah perkara yang diluar jangkaan banyak pihak terutamanya kita penyokong Liverpool.


Individu pertama : André Villas Boas

Anggaran ketepatan spekulasi: 4/10

Merupakan salah satu calon yang jarang kita dengar namanya dalam kancah spekulasi yang berkaitan dengan Liverpool sebelum ini, menurut sumber dari caughtoffside.com dan tribalfootball.com menyatakan kini pengurus yang sedang mengurus pasukan FC Porto iaitu Villas Boas sudah menandatangani pra-kontrak sebagai penganti Kenny Daglish pada musim depan.

Beliau yang juga baru berumur 33 tahun dan juga selalu digelar sebagai “Jose Mourinho no 2” oleh kerana prestasi cermelangnya dalam penglibatan pengurusan di FC Porto. Dan juga menurut berita terbaru yang mengatakan bahawa Villas Boas sudah menolak tawaran dari Inter Milan kerana sudah menerima tawaran dari Liverpool.

Secara jujurnya jika benar spekulasi ini, sememangnya pihak pengurusan tertinggi Liverpool sudah mengambil tindakan yang sangat-berisiko tinggi dan kalau ditanya pada saya(penulis) kenny Daglish adalah calon yang benar-benar layak mengemudi tahta pengurusan Liverpool untuk musim depan.

Individu kedua: Sylvian Marveaux

Kesahihan ketepatan spekulasi: 6/10

Walaupun berumur baru 24 tahun, pemain kelahiran Vannes, perancis. Dan juga kini sedang bermain di pasukan Stade Rennais F.C. di Ligue 1 Perancis. Namun bergitu masalah utama yang benar-benar menjadi keraguran kepada saya(penulis) pemain ini merupakan pemain yang selalu berada dalam masalah kecederaan. Walaupun tidak dapat dinafikan Sylvian Marveaux ini merupakan pemain penting kepada Rennes FC dan juga selalu dibandingkan dengan kelibat Florent Malouda.

Bermain di Posisi: Midfielder @ wing kiri/ pertahanan kiri. Pemain ini mempunyai larian yang pantas dan juga mempunyai kebolehan mengelecek dengan bagus. Pada pandapat saya (penulis) jika masalah kecederaan ini mampu dielakkan dan diatasi, saya percaya pemain ini boleh menjadi salah seorang tonggak yang berkualiti di Liverpool kelak.


Individu ketiga: José Enrique Sánchez Díaz

Kesahihan ketepatan spekulasi: 7/10

Kini bermain di Newcastle United, iaitu pasukan lama penyerang kesayangan kita semua Andy Carroll. Bermain di posisi pertahanan kiri dan juga sebelum ini pemain ini pernah bermain di Villarreal. Berpindah ke St James' Park pada musim panas 2007 dengan harga £6.3 juta dan telah melakukan 113 penampilan untuk kelab.

Spekulasi mengenai pemain ini, telah banyak bertebaran di web yang menceritakan bahawa pemain ini sudah mengikat Pra –kontrak dengan Liverpool dengan yuran perpindahan sekitar £15 juta. Disamping itu juga Phil Thompson Lagenda Liverpool juga sudah mengakui bahawa pemain ini sudah bersetuju untuk menyertai Liverpool pada musim depan.

Pada pendapat saya (penulis) pemain ini mempunyai kebolehan untuk menjadi pemain yang bermain di pertahanan kiri Liverpool dan pastinya dengan pengalamannya yang sudah biasa dengan corak pemainan di Liga Perdana, saya percaya pemain ini mampu menyinar di Liverpool kelak.



comment 1 comments:

Wan Gerrard on April 14, 2011 at 1:01 AM said...

hmm 1st tu xpasti, tp porto dlm usaha nak menang ueropa cup..tp harap kenny dpt jawatan tu~

Sylvian Marveaux xpasti, free kan..xboleh nak harap pape kat die

Jose Enrique: hmm mungkin akan kuatkan bahagaian kiri kite tu

Post a Comment

 
© LIVERPOOL selaMAnYa | Design by Blog template in collaboration with Concert Tickets, and Menopause symptoms
Powered by Blogger