Untukmu si carroll



Bila melihatkan pada page-page atau group yang bercerita mengenai Liverpool dan mengenai perlawanan semalam jelas menunjukkan sebenarnya sehingga hari ini, memang kegebiraaan tersebut apabila kita Liverpool menumpaskan united masih lagi menjadi bualan hangat semua peminat Liverpool tidak kira dimana jua anda berada.

Dikala semua peminat sibuk bercerita mengenai Suarez dan kuyt pada entri pada entri ini, saya ingin off topik dan bercerita mengenai Andy Carroll yang pada perlawanan semalam dia tampil buat kali pertama membuat debut pertamanya untuk Liverpool.


---saya gembira di hari debut saya!---

Dipetik daripada laman web rasmi LFCTV, Carroll berkata bahawa, dia gembira dan senang hati apabila Berjaya melakukan debut pertamanya unutk The Reds semalam. Dan juga juga mengucapkan terima kasih kepada semua penyokong yang menyokong dirinya sejak pindah ke Merseyside.

Tambah pemegang jersey no 9 ini lagi…..

Dia cukup kagum dengan sokongan yang dipamerkan dan diperlihatkan oleh para penyokong, semasa duduk di bangku simpanan saya benar-benar sangat teruja untuk diturunkan pada perlawanan malam semalam dan saya harap selepas ini saya akan diturunkan dan menyumbangkan sesuatu kepada kelab.

Perasaan saya, sangat teruja apabila, saya berlari untuk memanaskan badan dan seluruh penyokong berteriak dan "Itu adalah suasana yang luar biasa -. Pasti salah satu yang perkara terbaik yang pernah saya alami"


----banyangkan lah dua pemain ini bergandingan!! ---

Pada pendapat saya (penulis), memang benar bahawa pada perlawanan lepas Kuyt dan suarez membuktikan kemampuan mereka sebenar dan bagi saya masanya akan tiba our LFC no 9 akan memberikan sinar kegemilangan pula kepada kita penyokong Liverpool.



comment 2 comments:

RABUN on March 7, 2011 at 9:38 PM said...

taip kali Liverpool menang under Daglish, tiap kali tu lah aku nak menyumpah sapa yang amik hudgson jadi pengurus dulu!

caroll pasti akan menambah kekuatan liverpool, tapi suarez benar2 hero

Unknown on March 7, 2011 at 11:13 PM said...

yg sudah biakan ia blalu pergi. pe pun champion league harus dikejar. semoga kita bjaya...

Post a Comment

 
© LIVERPOOL selaMAnYa | Design by Blog template in collaboration with Concert Tickets, and Menopause symptoms
Powered by Blogger