2 bulan dibawah kendalian The King





Bermula dari 8.1.2011 hingga hari ini 8.3.2011 begitu banyak perubahan dilakukan oleh beliau

Ikuti rentetan perkara yang berlaku sepanjang setakat musim ini......

Musim ini banyak kita lihat perubahan, peralihan, kemenangan, kekalahan, kesedihan, kegembiraan dan dan banyak lagi lah untuk diperkatakan. Lihat sahajalah pada awal musim pada era kendalian Roy hodgson, pada permulaanny, begitu banyak kesedihan dan kecurangan yang berlaku.

Bermula dengan kekalahan memalukan dengan Man City, dan diikuti rapat dengan kekalahan dengan Man United di Old Trafford. Dan paling pahit untuk ditelan apabila menyaksikan kekalahan memalukan dengan Blackpool di Anfield. Memang menyeramkan dan menyedihkan jika mengenang segala memori lepas pada awal musim ini.

Dan selepas itu, dugaan demi dugaan menimpa apabila kita terus dikejutkan dengan berita bahawa kelab kesayangan kita akan dijual oleh pemilik lama kelab Gillett and Hicks yang dikatakan berkeras untuk menjual kelab dan jika mahu menjual kelab, kedua pemilik ini mahu menjual kelab dengan harga yang boleh dikatakan terlalu mahal.

Namun syukur, hasil usaha lembaga pentakbiran yang membawa kes ini ke mahkamah High Court, dan hasilnya kelab Berjaya dijual ke New England Sports Ventures ( NESV) pada tarikh 15 October 2010 dengan harga sekitar £300 juta . Saya (penulis), masih ingat lagi semasa menunggu keputusan perbicaraan tersebut hampir dekat 7 jam duk depan laptop pasal hendak mengetahui adakah benar-benar kelab kesayangan kita ini dijual kepada tangan yang betul. Sungguh mendebarkan.

Dan kemudian, keadaan nampak kembali tenang dan selepas beralihnya pemerintahan kuku besi, Gillett and Hicks, tambah pula masalah baru yang berterusan menimpa kelab. Dan masalah ini adalah bagaimana prestasi kelab yang benar-benar merudum dan kekalahan demi kekalahan antaranya Stoke City, Wolverhampton di Anfield. Dan juga paling teruk untuk dilihat dan dikenang perlawanan semasa menentang Blackburn di Ewood Park.

Selepas kekalahan demi untuk kebaikan bersama dan kebaikan kelab yang terutamanya. Pihak pengurusan kelab mengambil tindakan drastic untuk memecat Roy Hodgson dan membawa kembali lagenda, bekas pemain yang pernah mengukir nama di Liverpool. Kenny Daglsih hadirpada 8 January 2011 untuk menyelamatkan kelab dari terus sensara dan terus hanyut dipukul ombak kekalahan demi kekalahan.

Syukurlah setelah cukup dua bulan tepat pada hari ini 8.3 .2011 dibawah kendalian Kenny semakin hari, kelab menunjukkan perubahan dan semakin lama, fan, penyokong pasukan lain semakin berjaga –jaga mulut bila bercakap mengenai Liverpool, kerana semasa zaman kendalian roy mereka sangat suka melihat dan menonton perlawanan yang melibatkan Liverpool dengan tujuan untuk mengutuk dan memberikan komen pedas kepada penyokong Liverpool. Dan saya juga tidak terkecuali dari menjadi mangsa kutukan mereka.

Banyangkan lah pada suatu ketika dalam musim ini kita pernah berada pada kedudukan penyingkiran Liverpool pernah berada di kedudukan 3 terbawah dan kini pada hari ini, siapa juga sangka kita kembali bersaing untuk kedudukan big four dalam tahta liga Perdana. Dan sabagai penyokong kelab ini. Saya bukan bercakap hendak memuji atau apa! Memang benar kehadiran Kenny telah menyelamatkan Liverpool dan mengembalikan Liverpool pada kedudukan yang sepatutnya Liverpool duduki. Thanks kenny kerana mengembalikan senyuman untuk Liverpool.

comment 2 comments:

tokeysiber on March 9, 2011 at 3:39 AM said...

fulltime contract plzz

Wan Gerrard on March 10, 2011 at 12:42 AM said...

salute kenny ^_^

Post a Comment

 
© LIVERPOOL selaMAnYa | Design by Blog template in collaboration with Concert Tickets, and Menopause symptoms
Powered by Blogger