Steven Gerrard berehat panjang




Suka atau tidak suka perkara ini telah pun berlaku dan hal ini sudah pun dihebahkan sendiri oleh laman web rasmi Liverpoolfc.tv yang berkata kapten kita Steven Gerrard akan berehat panjang selama 4 minggu disebabkan pembendahan yang dijalankan untuk memulihkan kecederaan pangkal paha.

Berikut dari masalah ini, secara tidak langsung akan meyebabkan Gerrard akan ketinggalan perlawanan menantang semasa Reds menentang SC Braga di Anfield serta berkemungkinan tinggi 3 perlawanan dalam kempen Liga Perdana iaitu melibatkan Sunderland dan West Brom, serata diikuti dengan perlawanan di Home apabila reds menentang Manchester City pada tarikh 11 April.

Sacara jujurnya ini pastinya amat membimbangkan Kenny Daglish kerana seperti kita tahu tanpa kehadiran gerrard akan meninggalkan posisi bahagian tengah The reds akan dikosongkan kerana tiada pemain yang benar-benar berkemampuan untuk mengantikan posisi yang ditinggalkan oleh beliau terutamananya dalam perlawanan penting.

Kita sebagai peminat kelab, hanya boleh terus mengharap bahawa Gerrard akan cepat pulih dan akan kembali secepat mungkin setidaknya semasa aksi menentang Man City bulan depan. YNWA

comment 2 comments:

Wan Gerrard on March 12, 2011 at 3:34 AM said...

alamak, lama gak terlepas 4 perlawanan penting..semoga cepat sembuh~

pokdin on March 12, 2011 at 9:19 PM said...

semuga cepat sihat...

Post a Comment

 
© LIVERPOOL selaMAnYa | Design by Blog template in collaboration with Concert Tickets, and Menopause symptoms
Powered by Blogger