Spekulasi Perpindahan setakat 13.3.2011


Justify Full
Sudah lama rasanya saya (penulis) tidak menulis entri yang menjuruskan mengenai spekulasi perpindahan. Namun kali ini saya rangkumkan sedikit maklumat hasil carian dan juga berita –berita yang melibatkan perpindahan pemain yang berpontensi untuk menyertai Liverpool pada musim panas akan datang.







Nama Pemain: Lucas Barrios. “'La Pantera”
Kelab sekarang: Borussia Dortmund
Posisi: Center forward
Harga kemungkinan : € 20 juta.
Kelab lain yang berminat: Chelsea

Komen dari penulis: berkemungkinan ini Cuma spekulasi sahaja, kerana berdaskan umur pemain ini adalah sekitar 26 tahun, dan ini sekaligus songsang dengan konsep dan pegangan baru kelab iaitu untuk mendapatkan pemain muda. Dan juga pada masa sekarang posisi penyerang sudah cukup diisi oleh Carroll dan suarez, kuyt dan Ngog.



Nama Pemain: Fernando Gago.
Kelab sekarang: Real Madrid
Posisi: Defensive midfielder
Harga kemungkinan: € 10-8 juta.
Kelab lain yang berminat: pernah dikaitan dengan Inter Milan

Komen dari penulis: pamain yang masih lagi muda dan penuh bakat, ditambah pula di Real, pemain ini sukar mendapat tempat dalam squad utama kerana saingan dari Xabi Alonso dan Sami Khedira yang turut bermain di posisi Defensive midfielder. Dan juga Kenny pastinya ingin mencari pengganti sempurna jika Lucas tidak bermain ditambah pula prestasi hamba yang dipamerkan oleh Christian Poulsen.





Nama Pemain: Mateo Musacchio
Kelab sekarang: Villarreal
Posisi: Defensive midfielder
Harga kemungkinan: € 8 juta.
Kelab lain yang berminat: Juventus

Komen dari penulis: dengan umur yang masih muda, pastinya ini akan memberikan kelebihan kepada kelab, serta hal ini adalah bertepatan dengan konsep pemain muda yang kini menjadi pegangan The Reds. Tambahan pula, jika dilihatkan sebenarnya masalah yang utama bagi Liverpool kini adalah dibahagian pertahanan. Pastinya Kenny Dalglish dan Damien Comolli akan membuat petimbahan terhadap pemain muda Argentina ini.




Nama Pemain: Keisuke Honda
Kelab sekarang: CSKA Moscow
Posisi: Attacking midfielder
Harga kemungkinan: € 13 juta.
Kelab lain yang berminat: Borussia Dortmund dan Atletico Madrid

Komen dari penulis: Pemain asia dari jepun yang berbakat besar, disamping itu juga harga untuk pemain ini boleh dikatakan serdahana dan sesuai dengan perancangan kelab membawa pemain muda, iaitu pemain ini kini berumur 24. Pantas dalam kawalan bola dan juga seorang pemain yang mahir dalam sepakan percuma. Dan juga pemain ini juga mengakui bahawa dia tidak menolak bahawa dia akan menyertai kelab dalam eropah untuk menikmati saingan Eropah yang lebih kompetitif.



Nama Pemain: Vedran Corluka
Kelab sekarang: Tottenham Hotspur
Posisi: Defender
Harga kemungkinan: € 10 juta.
Kelab lain yang berminat: Juventus


Komen dari penulis: walaupun umur pemain ini dikatakan sudah agak sedikit lewat iaitu sekitar 25 tahun. Namun perlu diingatkan bahawa pemain ini sudah lali dengan corak permainan yang biasa dipemainkan oleh kelab-kelab di Liga Perdana. Dan juga dikatakan bahawa pemain kebangsaan Croatia agak terdesak untuk berpindah kerana jika Kyle Walker yang kini dipinjamkan di Aston Villa kembali ke pangkuan kendalian Harry Redknapp, pastinya pemain ini akan sukar untuk merebut tempat dalam squad utama spurs.




Nama Pemain: Michel Bastos
Kelab sekarang: Lyon
Posisi: Left winger, Left back
Harga kemungkinan: € 17 juta.
Kelab lain yang berminat: tiada lagi setakat ini

Komen dari penulis: merupakan pemain yang mampu menyelesaikan masalah pertahanan kiri dan wing kiri yang selalu memeningkan kepala Kenny Daglish. Merupakan pemain yang serba boleh dan juga boleh bermain di dua posisi utama iaitu wing dan pertahanan, tambahan lagi pemain ini juga merupakan seoarang pertahanan yang boleh menjaringkan gold an buktinya dalam musim ini sahaja pemain ini sudah menjaringkan 7 gol dan melakukan 5 assist untuk Lyon. Walaupun harga pemain ini agak mahal namun amat berbaloi jika pemain ini boleh bermain di Liverpool kekal.




Nama Pemain: Bojan Krkic
Kelab sekarang: Barcelona
Posisi: Striker / Winger
Harga kemungkinan: belum diketahui( kemungkinan secara pinjaman)
Kelab lain yang berminat: tiada lagi setakat ini

Komen dari penulis: tidak perlu diperkenalkan lagi, pemain ini, walaupun jarang-jarang diturunkan kerana persaingan dari David Villa dan Pedro. Namun pemain muda yang berumur 20 tahun ini mampu menjaringkan gol –gol penting untuk pasukan Catalan ini. Salah satu sebab mengapa pemain ini mungkin berhijrah ke Liverpool adalah sebab untuk terus berkembang dalam aspek prestasi permainan nya.

comment 6 comments:

Unknown on March 13, 2011 at 3:09 PM said...

kalau le liverpool dpt bojan.. gempak sial!!
dh tentu messi terpegun..

Wan Gerrard on March 13, 2011 at 4:16 PM said...

hmm perlu pemain sayap yg laju dan pertahanan kiri..michel bastos pun terbaik gak~

RABUN on March 13, 2011 at 9:01 PM said...

pemain sayap dan defensive midfielder

Anonymous said...

Bojannnnnnnnnnnnn!! please come to Anfield

MENU on March 14, 2011 at 11:43 AM said...

bojan & gagoo...menarik tuuuu

Anonymous said...

BOJAN+GAGO+HONDA=MUSIN DEPAN TIPTOP....

Post a Comment

 
© LIVERPOOL selaMAnYa | Design by Blog template in collaboration with Concert Tickets, and Menopause symptoms
Powered by Blogger