Dia!! suarez memang layak...


Pemain yang kini menjadi pujaan ramai penyokong Liverpool diseluruh dunia, Luis Suarez tidak perlu diperkenalkan lagi, jika Chelsea bangga dengan pemain baru mereka David Luis yang telah menunjukkan persembahan yang memukau dalam penampilan liga setakat ini.

Namun Liverpool juga boleh berbangga dengan kualiti persembahan yang diperlihatkan dan diperunjukkan oleh Luis Suarez. Dengan dua gol telah dijaringkan dan juga dengan assist dan juga hantaran yang memberikan jaringan dan peluang kepada pemain lain untuk menjaringkan gol dalam perlawanan. Sememangnya dia Luis Suarez layak diberikan anugerah “Standard Chartered LFC Player of the Month for March”.

Melihatkan persembahan yang dipersembahkan olehnya, dia telah menjadi tumpuan pihak media, dan pengkritik bola sepak, yang mengatakan bahawa kehadirannya di Liverpool memberikan impak besar dan juga Lagenda Liverpool seperti John Barnes dan Ian Rush juga memuji persembahannya.

Pada pendapat saya(penulis) kehadirannya boleh diibaratkan sebagai pelengkap kepada barisan penyerang The Reds yang kini dan memberikan lebih ruang dan peluang kepad Dirk Kuyt dan Andy Carroll untuk mencipta jaringan dalam perlawanan. Dan diharapkan agar persembahannya semakin hari semakin meningkat dan terus meningkat demi mengejar slot ke Liga Juara-juara musim depan.


Dan juga dengan kehadiran Andy Carroll akan memperkukuhkan lagi barisan penyerang Liverpool dan dengan umur yang masih muda Luis 24 tahun, Andy 22 saya (penulis) yakin dan percaya masa depan yang cerah menanti mereka berdua di Liverpool kelak. YNWA

comment 1 comments:

Wan Gerrard on March 30, 2011 at 12:30 AM said...

memang memberi impak besar..el-pistore~

Post a Comment

 
© LIVERPOOL selaMAnYa | Design by Blog template in collaboration with Concert Tickets, and Menopause symptoms
Powered by Blogger