Carroll dipanggil ke squad England


Pada hari ini bercakap pada LFCTV Kenny Daglish melaporkan bahawa kini Andy Carroll telah dipanggil oleh Fabio Capello dalam persedian menentang Wales dalam kempen kelayakkan Euro 2012.

Tambah Kenny lagi….

“Setelah menonton perlawanan terakhir Carroll pada khamis lepas, bos Three Lions, Fabio Capello kini bersedia untuk memanggil Carrroll untuk sekali lagi beraksi untuk pasukan kebangsaan England”

“Namun seperti yang diketahui sebelum ini Carroll mengalami kecederaan paha yang agak serius dan pihak pengurusan pasukan kebangsaan England perlu berhati-hati dengan keadaan yang sedang dialami oleh Carrroll dan segala kemungkinan harus ditanggung oleh pihak pasukan kebangsaan”

“hal ini kerana saya amat memahami, pasukan kebangsaan amat memerlukan seorang penyerang yang berkualiti untuk meneruskan kempen kelayakkan Euro 2012, namun mereka harus berhati-hati kerana Carroll masih lagi dalam tempoh pemulihan daripada kecederaannya”


--agger akan kembali --

Dan bercakap lagi…. Kenny kini juga mengakui bahawa kemungkinan Agger akan kembali beraksi dalam perlawanan menentang Sunderland pada hujung minggu ini.

comment 0 comments:

Post a Comment

 
© LIVERPOOL selaMAnYa | Design by Blog template in collaboration with Concert Tickets, and Menopause symptoms
Powered by Blogger