Ramai yang sangsi kepada Carroll... benarkah???



Musim perpindahan januari yang penuh dengan dramatic, dimana kini secara rasminya Liverpool telah berjaya membawa masuk dua orang pemain, yang saya percaya bahawa sumua peminat Liverpool sudah mengetahuinya, dengan kemasukan Luis Suarez dan Andy Carroll.

Seperti yang kita tahu, dengan kemasukan kedatangan ini, akan membuka kembali lembaran bahawa Liverpool semakin menghampiri pintu untuk bangkir kembali untuk menjadi kelab yang berpengaruh besar dalam eropah.

Namun disini, saya (penulis), ingin menyatakan bahawa hadirnya kedua pemain ini pastinya akan memberikan impak yang besar kepada perubahan corak permainan kelab. Dengan perbelanjaan untuk kedua pemain ini sekitar Euro 61.5 juta. Pastinya jika kita mendengar jumlah ini sudah tentu akan memberikan kejutan dan pelbagai pandangan dalam memastikan malamat utama Liverpool untuk membentuk kelab benar mantap.

Seperti yang kita tahu, Andy Carroll, yang dahulunya bermain untuk Newcastle United dan telah menjaringkan gol sebanyak 11 gol dalam liga perdana sekatakat ini. Pemain ini sekarang berumur 22 tahun, walaupun jika kita baca dalam web sukan lain yang banyak sangsi dengan kebolehan anak muda kelahiran Gateshead, England ini.

Banyak pendapat mengatakan, Carroll tidak layak dibeli dengan harga seperti ini, jika hendak dibandingkan dengan pemain lain sperti Carlos Tevez, Edin Dzeko, Wayne Rooney, David Villa. Hal ini tidak perlu dirisaukan kerana kelab dan Kenny daglish pastinya tahu apakah yang terbaik untuk kelab dan masa depan kelab. Hal ini juga sama pada permulaan, langkah Daglish yang membiarkan Martin Kelly bermain di sebelah kanan dan Johnson bermain di sebelah kiri pertahanan. Namun llihatlah, impaknya kepada corak permainan kelab sekarang.

Secara jujurnya pendapat saya (penulis). Saya tetap optimis dengan kebolehannya, dengan susuk tubuh yang boleh dikatakan memenuhi corak pemain penyerang yang sebenar serta ditambah dengan penyudah yang tajam dan juga ditambah dengan bakat semula jadi Kenny Daglish dalam membangunkan potensi pemain.

Saya rasa tidak mustahil, dalam tempoh yang terdekat ini, pastinya Carroll akan menyinar di Liverpool dan seterusnya, menepis perlbagai pandangan mengenai dirinya yang mengatakan dia tidak layak untuk jumlah perpindahan 35 juta iaitu pemain no 8 paling mahal dalam dunia dan pemain England termahal setakat ini.

Salam akhir kata. Semoga The Reds kembali bangkit untuk menjadi kelab terbaik di dunia, dan pada Andy Carroll. "You'll Never Walk Alone" sekarang dah bergelar pemain Liverpool ye… macam tidak percaya je….

Rentetan jaringan Andy Carroll sepanjang musim ini…..


comment 0 comments:

Post a Comment

 
© LIVERPOOL selaMAnYa | Design by Blog template in collaboration with Concert Tickets, and Menopause symptoms
Powered by Blogger