Mungkinkah kembalinya Gerrard dan Carroll



Dalam kegembiraan setelah memastikan tempat dalam16 pasukan yang bermain di Liga Europa, kini Liverpool memandang dan kembali menumpukan kepada perlawanan Liga Perdana bagi memastikan kedudukan dalam Liga perdana dapat terus dihambat bagi memastikan impian untuk layak ke Liga Juara-Juara musim depan bukan hanya fantasi tetapi merupakan realiti.

Pada minggu ini sedang hangat diperkatakan bahawa akan kembalinya kapten fantastik kita Gerrard akan kembali menyarung jersey Liverpool. Hal ini juga telah diakui sendiri oleh Daglish semasa temubual selepas aksi menentang Sparta P. Juga mengukuhkan berita mengenai hal ini, dipetik daripada web dailymail.co.uk juga mengatakan hal yang sama berkenaan Gerrard.


---Bilakah kedua pemain ini akan bergandingan di Padang---

Dalam hal lain, persoalan yang amat besar adakah semasa perlawanan menentang West Ham, penantian semua peminat Liverpool untuk melihat debut pertama Andy Carroll akan dicipta dan persoalannya juga adakah benar berita yang dihebahkan kini Carroll sudah pulih sepenuhnya. Jika hal ini berlaku kita akan melihat gandingan koleksi serangan yang benar akan menggerunkan semua pemain pertahanan di Liga Perdana, apabila barisan serangan The reds akan diketuai oleh Suarez dan Carroll. Diharapkan impian ini menjadi kenyataan semasa perlawanan yang berlansung di Upton Park malam ahad ini.

comment 0 comments:

Post a Comment

 
© LIVERPOOL selaMAnYa | Design by Blog template in collaboration with Concert Tickets, and Menopause symptoms
Powered by Blogger