MATCH Preview: West Ham vs Liverpool



Sejak kedatangan Daglish banyak perubahan telah berlaku, dan kini semakin hari Liverpool semakin terbiasa dengan corak permainan yang diperlihatkan oleh Daglish. Pada malam ahad esok The Reds akan berkunjung ke Upton Park, Newham East London. Perlawanan kali ini boleh dikatakan pelawanan pemanas badan sebelum kita Liverpool akan melayan kunjungan Man United di Anfield minggu depan.


Jika dilihatkan pada rekod perlawanan lepas, sebelum ini pada aksi di Anfield, Liverpool memang dengan kedudukan jaringan selesa iaitu 3-0 dan pada musim lepas 19/09/09, Liverpool hanya menang tipis dengan jaringan 3-2 semasa bermain di Upton Park. Namun semua ini hanya diatas kertas sahaja, segalanya mungkin berlaku.


--Mungkinkah gerrard akan kembali beraksi--

Pada perlawanan ini, kita akan menyaksikan kembalinya Luis Suarez untuk menyarung Jersey Liverpool setelah lama berehat kerana tidak boleh diturunkan kerana semasa kejohanan Liga Europa. Dan juga berkemungkinan kita akan menyaksikan Gerrard akan diturunkan dalam perlawanan ini, dimana beliau baru sahaja pulih dari kecederaan semasa perlawanan menentang Chelsea, 3 minggu lepas.

Kini, masalah utama yang perlu dipikirkan oleh Kenny Daglish adalah mengenai rentetan kecederaan di barisan pemain, dimana Martin Kelly dan Daniel Agger terpaksa dikeluarkan semasa perlawanan sebelum ini manakala Glen Johnson juga berkemungkinan tidak akan diturunkan kerana kecederaan (Achilles).


--Adakah Daglish mahu menurunkan Carroll--

Harapan saya (penulis) dalam perlawanan ini, rentak kemenangan dapat terus dikekalkan oleh Liverpool bagi mengejar kedudukan 4 teratas bagi melayakkan ke pusingan liga Juara-juara musim depan. Dan juga diharapkan agar Andy Carroll dapat diturunkan dalam aksi perlawanan ini, untuk bersedia untuk aksi menentang Man u minggu depan.





Barisan squad Pilihan Liverpool:

Reina,Skrtel,Carragher, Kyrgiakos, Wilson, , Kuyt, Gerrard, Lucas, Meireles, Cole, Suarez

comment 0 comments:

Post a Comment

 
© LIVERPOOL selaMAnYa | Design by Blog template in collaboration with Concert Tickets, and Menopause symptoms
Powered by Blogger