Kuyt ingin terus kekal di Liverpool



Pada hari ini menurut sumber dari laman web rasmi Liverpool fc, melaporkan bahawa Dirk Kuyt kini senang dan gembira mengenai keputusan kelab yang ingin melanjutkan kontraknya dalam waktu terdekat ini.

Pemain yang merupakan pemain kebangsaan belanda dan juga salah seorang pemain yang pernah beraksi di Feyenoord FC, jika ditanya kepada seluruh peminat Liverpool, kuyt pastinya ramai akan menjawab dia merupakan pemain yang paling berkerja keras dan sentiasa memberikan aksi yang terbaik semasa beraksi untuk Liverpool. Kuyt juga terkenal dengan gelaran pemain yang sangat rajin dalam padang dan boleh diibaratkan seperti kehadiran Park Ji Sung di Manchester United yang membuktikan dia adalah pemain yang boleh bermain di segenap pelusuk dalam padang.

Tambah Kuyt lagi…..

“saya merasakan Anfield merupakan rumah saya, dan saya tidak mahu meninggalkan tempat yang begitu istimewa bagi saya”

“walaupun sebelum ini banyak rintangan dan halangan telah berlaku di Liverpool, namun saya percaya sejak kedatangan Daglish ke Liverpool semuanya Berjaya diubah kembali seperti sediakala”

comment 0 comments:

Post a Comment

 
© LIVERPOOL selaMAnYa | Design by Blog template in collaboration with Concert Tickets, and Menopause symptoms
Powered by Blogger