Himpunan page/ Group pilihan

Salam dan selamat sejahtera…

  1. Kali ini saya akan menulis entri khas yang menceritakan perkara yang boleh saya angap penting dan perlunya kita sebagai peminat Liverpool di Malaysia tahu…
  2. Pada kali ini saya akan member sedikit maklumat asas berkenaan page/group/ peminat Liverpool yang wujud sekakat ini. Dan semua laman page ini akan dinyatakan ini adalah page yang beroperasi dalam bahasa kebangsaan kita, bahasa Malaysia.
  3. Jika ada yang terlepas pandang bagi page dan group yang lain. Sila komen dibawah. Berkemungkinan saya (penulis) terlepas pandang.
  4. Dan segala maklumat dalam entri ini adalah untuk maklumat sahaja. tidak ada unsur lain untuk mempromosi page atau group yang dinyatakan.


My-LFC [The Malaysian Die Hard Fan]



Deskripsi/ maklumat asas:

  • Ditubuhkan sekitar may 2008..
  • Mempunyai follower sekitar: 3 ribu dan ++
  • Juga mempunyai aliran link yang lain seperti
Forum (my-liverpoolfc.com)
Aliran dari twitter (my-lfc)

  • Kelebihan; admin untuk page ini amat tekun dan page ini merupakan salah satu page yang menyampaikan berita yang tercepat dan boleh dikatakan up to date untuk memberikan berita hangat dan berita semasa mengenai perkembangan kelab.

Padang Anfield


  • Deskripsi/ maklumat asas
  • Ditubuhkan sekitar may 2008.: :???? ( tidak dapat dikenalpasti)
  • Mempunyai follower sekitar: 800 dan ++
  • Juga mempunyai aliran link yang lain seperti:-

Link yang amat berguna dari penulis-penulis blog yang berkecimpung dalam dunia penulisan berkenaan Liverpool.

Sentiasa diupdate (kemaskini) dan juga disana anda boleh mengutarakan pendapat anda melalui wall page. Salah satu page yang mengumpulkan himpunan penulis blog yang bergiat dalam dunia penulisan blog mengenai Liverpool.


LIVERPOOL FAN CLUB MALAYSIA


  • Deskripsi/ maklumat asas:
  • Ditubuhkan: ???? (tidak diketahui)
Mempunyai follower sekitar: 2 ribu dan ++

  • Kelebihan: admin page ini juga begitu tekun dan sangat –sangat rajin menghidangkan perlbagai berita baru untuk semua yang join page ini. Dan page ini mengunakan dua bahasa dalam menyampaikan berita iaitu bahasa melayu dan bahasa inggeris.


KELAB PENYOKONG ONLINE "LIVERSIA"


  • Deskripsi/ maklumat asas:
  • Group ini baru ditubuhkan sekitar 3 bulan yang lepas, walaupun baru ditubuhkan baru tiga bulan page ini menunjukkan perkembangan yang sihat dan semakin hari, group ini berkemngan dengan jayanya…
  • Kelebihan: di group ini anda boleh mengunakan aplikasi asas yang disediakan untuk group ini mana anda boleh secara mudah memasukkan kawan-kawan anda untuk join group ini secara automatik . Dengan mengunakan aplikasi Add Friends to Group.
  • Group ini tidak ada admin yang rasmi yang dipertanggung jawab untuk menyampaikan berita mengenai kelab. Sesiapa pun boleh jadi admin@ lebih mudah dikenali penyampai berita mengenai perkembangan Liverpool Group ini.


SEMBANG BOLA GLOBAL


  • Deskripsi/ maklumat asas:
  • Ditubuhkan sekitar 11:00 PM, 9 Ogos 2010.
  • Mempunyai follower sekitar: 6 ribu dan ++
  • Kelebihan: disini anda akan berjumpa dengan peminat pasukan dari kelab yang lain, dan juga group ini juga bercerita mengenai hal apa sahaja mengenai sukan yang dinamakan bola sepak. Tidak kira mengenai perkembangan pasukan kelab mahupun mengenai hal bola sepak berkenaan Negara.

Rembat Kosmo



  • Deskripsi/ maklumat asas:
  • Ditubuhkan sekitar: ??? (tidak diketahui)
  • Mempunyai follower sekitar: 3 ribu dan ++
  • Kelebihan:disini melalui group ini anda boleh bercerita dan memberikan pendapat mengenai apa jua mengenai sukan. Dan group ini merupakan group yang bukan sahaja bercerita mengenai hal sukan dalam dan luar Negara. Bahkan disini juga menceritakan mengenai Badminton dan lain-lain sukan.
  • Kelebihan utama bagi group ini adalah jika komen anda bernas dan mempunyai kebenaran yang tersendiri pastinya akan dipilih oleh pihak Kosmo dan akan dilampirkan di bahagian sukan rembat…. Yang dikeluarkan oleh akhbar kosmo pada setiap hari sabtu.
  • Ps: peringatan juga, anda juga dinasihatkan supaya berhati-hati untuk mengeluarkan komen dan pendapat kerana berkemungkinan peminat pasukan lain juga akan memberikan komen-komen pedas kepada anda.

comment 0 comments:

Post a Comment

 
© LIVERPOOL selaMAnYa | Design by Blog template in collaboration with Concert Tickets, and Menopause symptoms
Powered by Blogger