Daglish bakal dilantik sebagai pengurus tetap


---Kenny Daglish bakal dilantik sebagai pengurus tetap di Liverpool--

John W Henry yang merupakan pemilik Liverpool, telah mengisyaratkan akan menyerahkan tangungjawab sepenuhnya kepada Kenny Dalglish untuk menguruskan Liverpool dan secara tidak langsung berkemungkinan bahawa Daglish akan mendapat tawaran kontrak untuk kembali memimpin Liverpool dan bergelar pengurus tetap kepada Liverpool.

Hal ini talah dilaporkan daripada web ESPNstar yang mengatakan pemilik Liverpool sedang berbincang dan mempertimbangkan untuk melantik Daglish untuk memegang peranan sebagai pengurus tetap di Liverpool.

Keputusan ini diambil dari persembahan yang diperlihatkan oleh Liverpool dalam tiga perlawanan yang lepas dimana ketiga-tiga perlawanan menyaksikan reds menang dengan rekod tanpa bolos.

Dalam berita ini juga, terdapat khabar angin yang mengatakan bahawa , John henry sedang juga mempertimbangkan untuk membina stadium baru untuk Liverpool, namun terdapat sedikit masalah dan persoalan, dimana pihak pengurusan sedang mempertimbangkan untuk membina stadium baru ataupun mengubahsuai stadium yang ada iaitu di Anfield.

Hal ini kerana, jika Liverpool membina stadium yang baru berkemungkinan lambang dan kemegahan Anfield akan dilupakan. Namun diigatkan bahawa perkara ini masih lagi dalam perbincangan dan berkemungkinan ini hanyalah spekulasi sahaja.

ikuti berita dari link ini...

comment 0 comments:

Post a Comment

 
© LIVERPOOL selaMAnYa | Design by Blog template in collaboration with Concert Tickets, and Menopause symptoms
Powered by Blogger