Analisis mampukah Liverpool ke UEFA Champions League musim depan




Dengan kekalahan mengejut semalam kepada West Ham, banyak yang penyokong beranggapan bahawa peluang untuk mara ke pusingan Piala Liga juara-Juara sudah tertutup luas. Benarkah? Oleh itu disini saya (penulis) amat tertarik untuk menulis sedikit analisis mengenai Peratusan adakah Liverpool akan Berjaya menamatkan saingan kejohanan liga perdana musim 2010/2011 di tempat ke 4 dalam tahta liga perdana. Disini saya lampirkan kunci utama untuk menerangkan situasi sebenar mengenai kedudukan Liverpool sekarang.


---Jadual perlawanan ketiga tiga pasukan---
  • Kedudukan sekarang.
berdarkan gambar diatas----
Pada analisis saya pasukan yang benar-benar masih mampu untuk merebut tempat dalam liga juara-juara adalah Chelsea, Tottenham dan kita Liverpool. Kedudukan sekarang di tempat keempat adalah Tottenham dengan 47 mata dan 27 perlawanan sudah ditempuhi, ini diikuti dengan Chelsea dengan 45 mata dengan 26 perlawanan, serta kita Liverpool dengan kedudukan 39 mata dengan 1 perlawanan lebih daripada Spurs dan 2 perlawanan lebih daripada Chelsea.
Jika dilihatkan kepada jadual ketiga-tiga pasukan ini jelas menunjukkan sebenarnya perluang masig terbuka luas anatara ketiga pasukan ini untuk memasuki liga Juara-juara musim. Namun sebenarnya kelebihan Nampak berpihak kepada Tottenham yang hanya perlu menantang 3 pasukan kelas atasan iaitu Arsenal , Chelsea, Liverpool. Manakala bagi The reds dan The Blues perlu menentang 4 pasukan kelas atasan.

  • Kelebihan dan kekurangan:
Liverpool:
Kelebihan sememangnya Liverpool mempunyai kelebihan apabila bermain di home (anfield) dan jika dilihatkan banyak aksi kita menang dalam perlawanan pada musim ini adalah semasa pasukan bermain di gelanggan keramat kita. Kini kita mempunyai Luis Suarez dan Andy carroll yang bakal memimpin di barisan depan serangan. Namun pada perlawanan lepas semasa menentang West ham, kita kehilangan Kelly dan raul yang Nampaknya mereka cedera, hal ini pastinya membuatkan sedikit ralat kepada corak permainan pasukan yang kita cintai ini.

Tottenham
Dengan keadaaan tonggak utama spurs iaitu Gareth Bale dan R Van Der Vaart masih berada dalam keadaaan cedera ini akan membuatkan sedikit sebanyak menumpulkan barisan serangan dan barisan tengah anak didik Harry Redknapp. Dan dinilaikan mengenai kekuatan, sememangnya spurs memang merupakan pasukan yang tidak boleh dipandang rendah, seperti yang kita semua tahu, dengan corak serangan pantas dan hantaran jauh sememangnya mereka mampu untuk terus mendahuli dalam kedudukan no 4 di dalam tahta Liga Perdana.

Chelsea
Bila berkata mengenai The Blues, mereka sememangnya pasukan sangat-sangat bagus dan merbahaya, Cuma entah apa yang terjadi semasa pertengahan kempen liga perdana lepas, tiba-tiba prestasi mereka merudum entah kemana. Jika dilihatkan kepada carta pemain yang cedera sememangnya Chelsea boleh manarik nafas lega kerana, pemain utama mereka boleh bermain dengan kecederasan yang tinggi dan tidak seperti spurs dan Liverpool, iaitu 2 pemain utama mereka masih bergelut untuk kembali cergas. Ditambah dengan kehadiran Torres barisan serangan mereka tampak semakin merbahaya. Cuma persoalannya adakah dengan corak asal formasi belian mereka mampu membuatkan Torres menjaringkan gol. Hal ini adalah kerana Torres sudah biasa semasa di Liverpool dan di sepanyol bermain secara penyerang tunggal di hadapan.

  • Penjaring pasukan
Liverpool:
Andy carroll (masih belum dapat diturunkan, dan tidak diketahui bila akan diturunkan)
raul meireles (cedera dan tidak diketahui bila akan diturunkan)
Luis Suarez( masih agak tidak berapa fasih dengan corak permainan Liga Perdana / mungkin akan terus meningkat prestasinya)

Tottenham
Gareth Bale dan R Van Der Vaart (masih cedera, tetapi mungkin dalam masa terdekat akan kembali beraksi)
Peter Crouch (prestasi konsisten dan baru menjaringkan gol semasa menantang Milan dalam kejohanan Liga Juara-juara)
Namun bila bercakap mengenai barisangan serangan spurs ternyata CROUCH ,DEFOE dan PAVLYUCHENKO (mereka mengalami kebuntuan gol)
PAVLYUCHENKO (penampilan= 20 / goal=6 / assists=1)
CROUCH(penampilan=26/ Goal=2/ Assists=6)
DEFOE ; (Penampilan= 13/ Goal=0/ Assists=2)

Chelsea
Drogba, Didier (Penampilan= 25/ Goal=10)
Malouda, Florent (Penampilan= 26/ Goal=9)
Kalou, Salomon (Penampilan= 22/ Goal=7)
Anelka, Nicolas (Penampilan= 23/ Goal=6)
Fernando Torres gol=9

Lihat sahaja semua penjaring ini, semua boleh kembali menjaringkan , dan ini menyebabkan Chelsea Sebuah pasukan yang merbahaya jika mereka mendapat kembali rentak jaringan dan rentak prestasi terbaik mereka. Bagi saya penyokong Liverpool, harap Carlo Ancelotti akan terus pening dalam menentukan pemain yang mana untuk diturunkan. Hahahahahhaa…..

  • Penutup:
Apa pun saya tetap yakin jika ada rezeki dan ada majic ataupun ilmu hitam dan kejutan yang tidak terhingga untuk musim ini, pastinya kita liverpool akan bermain di Liga Juara-juara kembali seperti dahulu. YNWA. anways liverpool is always in my hati... huhuhuhuhu:D

comment 3 comments:

Anonymous said...

Semestinya ada Harapan Lagi.........Sokong Liverpool sehingga akhirnya...YNWA!

Anonymous said...

harapan tinggal harapan!!

Anonymous said...

terbaik bro..harap KD akan memberikan sedikit keajaiban pada pasukan dan teruskan momentum kemenangan dan sedikit tuah untuk liverpool..apa-apa pun aku mengharap musim depan akan menjadi titik permulaan kebangkitan Liverpool.

Post a Comment

 
© LIVERPOOL selaMAnYa | Design by Blog template in collaboration with Concert Tickets, and Menopause symptoms
Powered by Blogger