Torres: Saya hormati kontrak saya




Menurut sumber yang dinyatakan daripada ESPNstar.com Fernando Torres telah menolak spekulasi bahawa dia akan berpindah dari Liverpool .

Bekas pemain Atletico Madrid ini, kini sedang hangat diperkatakan mengenai spekulasi perpindahan dengan Manchester United. Namun pada hari ini, Torres tampil untuk menyatakan kesetiaannya kepada Liverpool dan mengatakan bahawa dia akan kekal di Liverpool.

Tambah Torres lagi….

“saya masih mempunyai baki kontrak dengan Kelab sehingga 2013 dan saya akan sedaya upaya untuk menghormati kontrak tersebut”

Disamping itu juga, torres turut menyatakan bahawa kini sememangnya The Reds sedang berada bawah pada tahap prestasi sebenar, oleh itu dia menyeru kepada seluruh peminat agar terus menyokong kelab dan dia turut yakin bahawa Liverpool mampu bangkit dan kembali mengejar mata demi mata dan seterusnya naik ke tangga Liga yang lebih baik.

comment 0 comments:

Post a Comment

 
© LIVERPOOL selaMAnYa | Design by Blog template in collaboration with Concert Tickets, and Menopause symptoms
Powered by Blogger