Redknapp yakin Dalglish mampu melakukan perubahan

Dipetik daripada Liverpoolfc.tv pada hari , Jamie Redknapp hari ini memuji Kenny Dalglish sebagai sumber 'inspirasi' dan Redknapp benar amat berharap agar dengan kepimpinan Dalglish, Liverpool mampu untuk bangkit kembali.

Tambah Redknapp lagi…..

Kehadiran Dalglish sebagai pengurus mampu memberikan bantuan dan nasihat yang berguna kepada para pemain utnuk mempertingkatkan tahap prestasi dan corak permainan mereka sekarang.

“ Anda tidak akan bermain dengan baik untuk The Reds jika tidak mengenali tentang beliau, dia merupakan pemain lagenda di Liverpool dan buktinya gambar dan fotonya terdapat dimana sahaja”

“Sebahagian pemain tidak pernah melihat beliau bermain di padang, dan kini dia sudah kembali mempimpin Reds dan saya percaya dia mempu untuk memutarkan apa yang terjadi sepanjang musim ini, dan mengembalikan kegembiraan di hati semua peminat Kelab”

“Bila disebutkan cara pemainan yang diamalkan oleh Dalglish, dia sentiasa mengamalkan corak menyerang, dan kembalinya beliau akan memberikan semangat baru kepada pemain dan saya pasti selepas ini kita akan lebih banyak disajikan dengan corak permianan menarik dan lebih berunsurkan serangan, Cuma masa yang menentukan bila….”

Serba sedikit mengenai Jamie Redknapp

  • merupakan pemain yang terakhir direkrut oleh Dalglish semasa era kendalian beliau iaitu pada 22 February 1991
  • menjadi pemain yang paling muda beraksi dalam kejohanan piala Europa iaitu pada umurnya 18 tahun 120 hari semasa menentang Auxerre.
  • dalam kerjayanya di Liverpool Redknapp telah menjaringkan 41 gol dalam 308 penampilan

comment 0 comments:

Post a Comment

 
© LIVERPOOL selaMAnYa | Design by Blog template in collaboration with Concert Tickets, and Menopause symptoms
Powered by Blogger