"Terima kasih untuk semua ..."

Salam dan selamat sejahtera diucapkan kepada rakan semua yang pernah memasuki blog ini dan sudi masuk ke blog ini. walaupun blog ini tidak seberapa dan tidak secanggih seperti blog sukan yang lain. saya disini ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada rakan semua yang menyokong blog ini.

Sedar tidak sedar sudah 401 entri saya tulis didalam blog ini. sebenarnya entri ini saya tulis adalah untuk merakamkan jutaan terima kasih kepada pembaca sekalian harap rakan reds dapat terus menyokong blog ini. dan tidak lupa juka kepada rakan blog Liverpool sekalian seperti :

Tengkusidek, rabunmerah, my-reds.blogspot, redsonthespot, liverpoolkita, sallehsgerrard, blog.my-liverpoolfc

yang selama ini bertungkus lumus menulis entri berkaitan dengan pasukan kesayangan kita ini. Dan semoga selepas ini dapat kita berkenalan dengan lebih rapat dan bertukar pendapat mengenai pasukan kesayangan kita ini.

Mengingatkan kembali pada permulaan saya menulis blog ini hanya sekadar suka-suka sahaja. Tetapi lama kelamaan datang minat yang mendalam dan semakin hari semakin serius. Walaupun pada hari ini blog ini hanya memiliki hanya 31 orang follower namun saya tetap gembira, dengan blog ini juga saya dapat berkenalan dengan rakan-rakan blogger yang lain dan yang paling penting dapat mencari individu yang sama minat, sama cinta kepada pasukan yang bernama Liverpoolfc ini. Diharapkan dengan entri ke 401 ini saya akan lebih kuat dan lebih rajin update Blog untuk sama-sama kita berkongsi maklumat mengenai pasukan kesayangan kita. Akhir sekali" You'll Never Walk Alone" kepada rakan semua. Dan semoga kelab kesayangan kita semakin sukses dan semakin maju.

PS: LIVERPOOL ,THE REDS, THE KOP DaHulu kInI dAN selaMAnYa

comment 3 comments:

Anonymous said...

bro jgn risaw......ade jgk follow scara senyap mc gua...hahaha
HIDUP LIVERPOOL
YOU'LL NEVER WALK ALONE
ingat tu bro...

Seizer on January 25, 2011 at 3:06 AM said...

daron.. walapun aku jarang tinggal komen... tapi tetap bace blog ni.. jangan risau!
matlamat tu penting! :)

Darion Daron said...

tq
kepada kwan2 lain
hehehhe
bukan pe sedar x sedar dah nak dekat setahun blog ini wujud tu yang nak wat entri untuk diri sendiri 2
ops: terlebih sudah.....

Post a Comment

 
© LIVERPOOL selaMAnYa | Design by Blog template in collaboration with Concert Tickets, and Menopause symptoms
Powered by Blogger