Damien Comolli ke Amsterdam untuk Luis Suarez. keputusan dicapai dalam 48 jam


Laporan ini dipetik dan diubahsuai daripada web .express.co.uk, dalam laporan itu menyebut bahawa kini pada hari ini, pengarah strategi bola sepak Liverpool, Damien Comolli akan ke Amsterdam untuk mendapatkan kata putus mengenai perpincangan berkenaan proses perpindahan striker kesayangan Ajax, Luis Suarez.

Dalam laporan itu juga menyebut, bahawa anatara agenda yang bakal dilakukan oleh Comolli adalah bertemu dengan pengarah utama Ajax, Rick van den Boog untuk mendapatkan kata putus mengenai urusan perpindahan tersebut.

Dijangka harag yang bakal dibida oleh Liverpool adalah sekitar £ 20 juta dan keatas. Ini sekaligus bermakna proses pembelian ini akan menjadi perpindahan hangat untuk musim perpindahan januari ini yang dicapai antara Liverpool dan Ajax.



---mimpi atau realiti Suarez bermain untuk Reds semua bergantung kepada Comolli---

Disamping itu juga, Damien Comolli akan mengunakan tawaran sampingan kepada Ajax, iaitu mengunakan Ryan Babel sebagai penambahan sampingan untuk membolehkan Liverpool memiliki penyerang berprofil tinggi, Luis Suarez.

Pada pendapat saya (penulis) jika perkara ini benar-benar terjadi pastinya ini akan mengembirakan seluruh peminat Liverpool dan terutamanya ini akan memberikan impak yang besar kepada barisan serangan Liverpool. Oleh itu marilah kita berharap dan berdoa agar hajat untuk melihat Luis Suarez memakai jersey Liverpool menjadi kenyataan. YNWA.

comment 0 comments:

Post a Comment

 
© LIVERPOOL selaMAnYa | Design by Blog template in collaboration with Concert Tickets, and Menopause symptoms
Powered by Blogger